• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Mahu Akta Rumah Judi Terbuka Dipinda Segera

oleh Mohd Arshad
19/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahu Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dipinda segera berikutan sudah terlalu lapuk dan digubal sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata undang-undang berkaitan perjudian itu digubal ketika aktiviti berkenaan dilakukan secara konvensional pada masa itu.

Menyokong arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya undang-undang lapuk dikaji semula, dipinda atau digubal baharu sesuai dengan keadaan dan trend jenayah semasa khususnya dalam era teknologi digital pada masa ini, beliau berkata, langkah itu akan banyak membantu polis.

“PDRM mengalu-alukan arahan itu kerana ia dapat memastikan kaedah yang paling berkesan dalam membendung jenayah. Salah satu undang-undang yang memerlukan transformasi dan pindaan segera ialah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Ini kerana undang-undang ini digubal sebelum negara mencapai kemerdekaan di mana perjudian dilakukan secara konvensional pada masa itu. Namun, pada zaman serba digital ini perjudian dijalankan secara dalam talian atau online,” katanya kepada BH.

Katanya, memandangkan aktiviti perjudian dijalankan dalam talian, adalah sukar bagi polis mengemukakan bukti kukuh dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kesalahan itu.

“Justeru, PDRM menyokong sepenuhnya aspirasi kerajaan dalam mengkaji semula undang-undang lapuk yang dilihat tidak relevan. Kekurangan dan kelemahan dalam undang-undang ini dapat ditambah baik untuk disesuaikan dengan perkembangan dan senario masa kini,” katanya.

Jumaat lalu, Ismail Sabri memaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, akan mengkaji semula undang-undang lapuk dan penambahbaikan diperlukan untuk kekal relevan dengan situasi terkini dan kemajuan teknologi.

-Berita Harian

Tags: Akta Rumah JudiPDRMpinda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd