Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Ringgit, Bursa Kukuh Susulan...

USAHA kerajaan menambah baik perjalanan ekonomi dan pengurusan fiskal berhemah mula membuahkan hasil...

Pelajar Malaysia Belanja Hampir...

PETALING JAYA - Pelajar Malaysia di Australia yang menerima wang A$4.6 juta (RM13.8 juta)...

“Lebih Baik Bersama Syaitan...

KUALA LUMPUR - "Pada zaman dahulu ada seorang pemimpin yang bermadah adalah lebih...

QZ8501 Mungkin Selamat Mendarat...

Ketika operasi mencari dan menyelamat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 masih diteruskan masuk hari...

PBS Tolak Kerjasama Dengan WARISAN

KOTA KINABALU : Penolakan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk membentuk kerjasama dengan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diterima dengan hati terbuka.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya mengambil maklum kenyataan Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang memilih untuk terus bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita nyatakan hasrat kita. Kalau itu kehendak mereka, itu terpulang kepada mereka dan kita tidak boleh paksa. Saya cuma nyatakannya kerana kita ingin bergabung dengan parti tempatan.

“Kalau kita lihat, kita tahu bahawa antara komponen (parti tempatan) yang kita boleh bekerjasama yang saya lihat dari dulu adalah parti seperti PBS dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), seperti yang dilakukan parti politik di Sarawak.


“Seperti GRS, walaupun namanya Gabungan Rakyat Sabah tapi ia ditunjangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Parti BERSATU itu dari Kuala Lumpur.

“Di Sarawak, semuanya adalah parti tempatan. Tidak ada langsung pun parti yang berdaftar daripada Semenanjung yang menjadi gabungan mereka,” katanya di sini, semalam.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori