• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Berhimpun Di Putrajaya, Bantah Empangan Nenggiri

oleh AK-47
08/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan tindakan, ratusan Orang Asli dari seluruh pelusuk kampung di bawah 17 wilayah di Gua Musang, Kelantan yang turun ke Putrajaya, semalam bagi membantah pembinaan empangan Nenggiri menyaksikanTenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan bahawa semua langkah sewajarnya telah dan akan terus diambil.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Penduduk berkenaan bimbang Loji Kuasa Hidroelektrik di Mukim Ulu Nenggeri, Jajahan Gua Musang, Kelantan itu bakal menenggelamkan kampung dan hutan mereka.

Memorandum bantahan mereka diserahkan kepada Perdana Menteri, Menteri Tenaga & Sumber Asli dan Tenaga Nasional Berhad.

Sebelum ini, Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Mustafa Along berkata, pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri tersebut yang didakwa untuk menyelesaikan masalah banjir, kemarau dan membekalkan bekalan tenaga elektrik adalah tidak tepat.

Sebaliknya, menurutnya, ia akan memberi kesan yang teruk kepada empat buah penempatan orang asli secara langsung iaitu Pos Tohoi, Pos Pulat, Kampung Wias dan Kampung Bering.

Katanya, seramai 1,185 orang daripada 217 keluarga akan dipindahkan ke kawasan lain iaitu di Kampung Kuala Yai dan 18 kampung atau pos akan terjejas secara tidak langsung kerana kawasan hutan rayau, tanah adat dan wilayahnya juga akan tenggelam.

Selain itu, projek berkenaan, Kata Mustafa akan memusnahkan sebahagian besar kawasan hutan, tanah adat dan wilayah mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk memasak, mandi-manda, membasuh dan bercucuk tanam.

Ia juga dikatakan menjejaskan kawasan mereka mendapatkan makanan hutan melalui aktiviti memburu dan sebagainya.

Kawasan itu juga adalah tempat Orang Asli menuai ulam-ulaman serta tumbuhan hutan, sumber ubat-ubatan, bahan pembinaan rumah, bahan untuk upacara adat, budaya dan agama, kawasan kubur nenek moyang, tempat berteduh daripada bencana alam, eko-pelancongan dan menuai hasil-hasil hutan untuk menjana ekonomi seperti rotan, akar kayu, buah-buahan dan sebagainya.

Sementara itu, TNB dalam kenyataan semalam memaklumkan telah menerima satu memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) yang membangkitkan beberapa kebimbangan berhubung pembinaan Loji Kuasa Hidroelektrik itu dengan kapasiti 300 megawatt (MW).

Menurut TNB, mereka mengambil maklum kebimbangan yang dibangkitkan oleh JKOAK dan memberikan jaminan itu.

Kenyataan itu menyebut sejak 2015, TNB telah menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan yang berkaitan untuk melaksanakan projek itu dengan mematuhi sepenuhnya kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli serta Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia.

“TNB juga telah beberapa kali mengadakan libat urus dengan Orang Asli dan komuniti lain yang terjejas secara langsung atau tidak langsung dengan projek ini.

“TNB kekal fokus terhadap objektif utamanya untuk melaksanakan projeknya dengan jayanya dan terus memastikan kepentingan pihak berkentingan ditangani,” katanya.

Menurut TNB, Projek Hidroelektrik Nenggiri adalah bahagian penting dalam strategi kerajaan untuk meningkatkan penjanaan kuasa daripada sumber tenaga boleh diperbarui selain menjadi tambahan untuk menyokong usaha tebatan banjir di Kelantan.

Projek itu juga akan memberikan impak sosioekonomi yang positif kepada negara dan Kelantan selain membawa faedah lain untuk komuniti setempat di kawasan berhampiran termasuk akses lebih baik kepada kemudahan, peluang pekerjaan dan keusahawanan serta menambah baik sumber pengairan bagi aktiviti pertanian.

“TNB memiliki rekod prestasi yang baik dalam memenuhi segala kewajipannya kepada negara dan komuniti setempat. Kami sedang mengusahakan satu pelan komprehensif bagi memastikan semua kewajipan kami dipenuhi dan dilaksanakan seperti yang dijanjikan.

“Kami juga akan memastikan bahawa pelaksanaan projek ini menepati agenda kerajaan untuk meningkatan penjanaan kuasa daripada sumber tenaga boleh diperbarui,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: bantahBantah Empangan NenggiriberhimpunEmpangan NenggiriOrang Asli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd