Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya, akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 1 Julai ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam sebutan perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi, perkara tersebut dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim yang turut disahkan oleh peguam bela, Amer Hamzah Arshad mewakili Abdul Azeez.

Justeru mahkamah kemudian menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan kes bagi mengetahui status keputusan rayuan tersebut dan juga perkembangan representasi dan tarikh itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Sementara itu, Nik Haslinie turut memaklumkan, pihak pendakwaan masih mengkaji representasi yang dikemukakan oleh Abdul Azeez.

Sementara, Amer Hamzah memaklumkan, pihaknya bersetuju agar tarikh sebutan ditetapkan selepas 1 Julai bagi memberi masa yang mencukupi kepada pihak pendakwaan mengkaji representasi yang dikemukakan.

Sejurus selepas prosiding, Amer Hamzah ketika ditemui pemberita berkata representasi itu yang dihantar kepada AGC pada Mac lalu adalah supaya pertuduhan terhadap Abdul Azeez ditarik balik dengan mengemukakan fakta-fakta dan bukti yang menyokong kepada pembelaan.

Terdahulu prosiding hari ini ditetapkan untuk perkembangan status perbicaraan sementara menunggu rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan pertuduhannya terhadapnya, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 12 Mac 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai sebarang merit yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk berbuat demikian.


Beliau berpuas hati, semua pertuduhan telah dirangka dengan sempurna dan menjadikan satu tindakan pramatang pada peringkat ini jika mahkamah memutuskan semua pertuduhan yang dikemukakan adalah tidak berasas.

Pada 12 April 2021, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Ahli Parlimen Baling itu untuk menangguhkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen sehingga tamat rayuan bagi keputusan mahkamah terdahulu.

Seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.

Mengikut pertuduhan Abdul Azeez didakwa atas 13 pertuduhan berkaitan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Kedah dan Perak iaitu melibatkan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 pertuduhan penggubahan wang haram.

Projek tersebut melibatkan Lebuh Raya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.

-Kosmo Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...