• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd. Shafie Mahu RUU Anti Lompat Parti Dipercepatkan

oleh Mohd Arshad
09/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Selepas seorang demi seorang wakil rakyatnya keluar melompat parti, Parti Warisan (Warisan) mahu Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti segera dibentangkan di Parlimen.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, bidang kuasa menyegerakan pembentangan itu terletak di bawah kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, situasi politik di negara ini amat membimbangkan kerana budaya membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau wakil rakyat masih lagi berlaku dalam kalangan parti-parti politik.

Maka, beliau berharap budaya sebegitu akan dihentikan dan pembentangan RUU Anti Lompat Parti perlu disegerakan.

“Budaya beli-membeli wakil rakyat bercanggah dengan niat parti-parti politik dalam Jawatankuasa Pemilihan Khas yang mahukan RUU ini dilaksanakan.

“Semasa saya hadir ke Parlimen, saya dah maklumkan jangan lambatkan sangat pembentangan itu, penangguhannya pelbagai. Saya hadir sesi Parlimen itu tapi, tiada pun pembentangan.

“Ini menyedihkan kita kerana dalam beberapa pihak berusaha memastikan supaya RUU ini dibawa ke Parlimen dengan segera, ia ditangguhkan.

“Jadi, saya harap Perdana Menteri yang mempunyai bidang kuasa menentukan tarikh pembentangan RUU ini di Parlimen dapat mempercepatkan pembentangan itu,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, kandungan RUU itu masih belum diketahui namun, sebelum memberikan sokongan dan jika ada perkara perlu diperbetulkan, boleh diperbetulkan agar pelaksanaan RUU itu dapat mencegah daripada kejadian lompat-melompat.

RUU itu perlu mempunyai hukuman yang setimpal dan boleh mencegah budaya lompat pada masa akan datang.

Mohd. Shafie berkata, beliau agak kecewa kerana amalan sistem demokrasi negara ini seperti tidak berfungsi kerana setelah memenangi pilihan raya masih wujud budaya lompat dan wakil rakyat dibeli.

Sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020, enam wakil rakyat Warisan bertindak keluar parti bagi menyertai parti dalam kerajaan serta parti yang mesra kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

-Utusan Online

Tags: DipercepatkanRUU Anti Lompat Parti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bentang RUU Anti Lompat Parti Sebelum PRN Sabah-PH

Bentang RUU Anti Lompat Parti Sebelum PRN Sabah-PH

15/01/2023
0

KOTA KINABALU : Pakatan Harapan (PH) Sabah mencadangkan kerajaan negeri membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dalam persidangan Dewan Undangan...

RUU Anti Lompat Parti Tidak Penuhi Tuntutan PH: Anwar

RUU Anti Lompat Parti Tidak Penuhi Tuntutan PH: Anwar

27/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang dibentangkan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd