Merusuh Rebut Awek, Tiga Lagi Diburu

84

Klang : Polis giat memburu tiga lelaki termasuk seorang remaja disyaki terbabit dalam kes merusuh menggunakan kayu besbol kerana berebut teman wanita di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran, di sini 24 Mei lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek yang diburu adalah Sebastian Low Jhun Yung, 21; Chan Jia Jing, 17 dan Ho Zhen Yang, 22.

“Ketiga-tiga suspek kini dijadikan sebagai Orang Dikehendaki atau ‘Wanted Person’ sedang dikesan bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek ini diminta menyalurkannya terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33719999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Cha berkata, kertas siasatan berhubung kes terbabit sudah dilengkapkan dan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.


“Kita sudah mendapat arahan untuk tuduh enam suspek mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan manakala seorang suspek dijadikan saksi pendakwaan dan dua suspek dibebaskan tanpa syarat.

“Keenam-enam suspek dituduh di Mahkamah Klang pada 1 Jun lalu yang mana kesemua suspek tidak mengaku salah dan ditawarkan jamin mahkamah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan lapan individu bagi membantu siasat kes sekumpulan pemuda bersenjatakan kayu besbol memukul seorang remaja lelaki di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya.

Kejadian disebabkan perebutan teman wanita yang membabitkan pelajar sekolah dan sehingga ada campur tangan oleh rakan-rakan suspek.

-Harian Metro