Friday, December 6, 2024

Creating liberating content

Ikrar Perjuang Hak Dan...

KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam‎ Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berikrar untuk terus...

Wujud Konspirasi Dalam Pemilihan...

KUALA LUMPUR - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menyatakan...

Tugas Wartawan Diterjemah Melalui...

KUALA LUMPUR - Kehadiran pengamal media yang mula berkampung di hadapan kediaman bekas...

Vaksin Berasaskan Tumbuhan Berkesan...

OTTAWA, Kanada – Sekumpulan saintis dari Kanada mendedahkan penghasilan sejenis vaksin Covid-19 berasaskan...

18 Individu Termasuk Dua Wanita Didakwa Merusuh

BALIK PULAU – Seramai 18 individu termasuk dua wanita yang terlibat dengan pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Khairul Ezham Khairul Eddy, 20; Muhammad Syafril Haikal Mohd Fazli, 20; Muhammad Aliff Aliman Mazlan, 21; Mohammad Alif Ikhram Mohd Hashim, 23; Ahmad Afifuddin Selamat, 25, Muhammad Asrul Nazrul Haizam, 22; Mohd Syafik Abdullah, 20; Nornikman Noor Din, 33; Nor Azira Zaidi, 40 dan Ahmad Ameeruddin Selamat, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan secara bersama dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Bagaimanapun, lapan lagi tertuduh iaitu Mohamed Ammar Mohamed Ghani, 19; Muhammad Aiman Ibrahim, 19; Aszaifudin Hamid Mohaideen, 19; Muhammad Nur Zuhairi Noordin, 19; Muhammad Adzlie Hakim Muhammad Nasir, 19; Muhamad Fahrien Addenan, 19; Alyssa Sofieya Mazlan, 19 dan Muhammad Nor Isma Haikal Nor Ismadi, 20, mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa bergaduh dan melakukan kesalahan merusuh di Queens Water Front Q1, Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas dekat sini, pada jam 2.30 pagi pada 23 November lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala kesemua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Edric Loo.


Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM800 setiap seorang terhadap 10 tertuduh yang mengaku bersalah manakala lapan masing-masing diberi jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini media melaporkan polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, dekat sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, 15 lelaki dan dua wanita yang kesemua berusia 19 hingga 40 tahun itu ditahan secara berasingan di beberapa lokasi sekitar Bayan Lepas, dekat sini semalam selepas pergaduhan yang berlaku kira-kira jam 2 pagi.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video insiden pergaduhan di Queen Water Front Q1 Bayan Lepas yang berlaku pada awal pagi semalam dipercayai kerana salah faham di antara sepasang kekasih.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori