Sample Page Title

REMBAU – Malaysia dijangka menghadapi gelombang baharu Covid-19 lebih awal berbanding jangkaan sebelum ini antara dua atau tiga bulan akan datang.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kenyataan itu bukan untuk menakutkan rakyat tetapi lebih kepada langkah pencegahan supaya dapat mengawal kes sepanjang tempoh fasa peralihan endemik.

“Sebelum ini saya ada maklum negara sudah boleh bersedia menghadapi gelombang jangkitan Covid-19 yang baharu.

“Tujuan saya nyatakan ini untuk beri bayangan, tapi saya rasa kemungkinan gelombang itu akan datang lebih awal berdasarkan ramalan yang kita sedang buat selain melihat perkembangan kes di negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perkhidmatan Otorinolaringologi dan ‘Sleep Lab’ Kluster Negeri Sembilan di Hospital Rembau pada Khamis.

Jelasnya, negara kini merekodkan 2,766 kes berbanding sebelum ini hanya berada pada paras antara 1,000 ke 2,000 kes sahaja setiap hari.

Bagaimanapun katanya, tahap keseriusan gelombang itu adalah ringan dengan kadar kematian dan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berada pada paras rendah.


“Kes meningkat dengan dua kluster baharu dan semua negeri menunjukkan peningkatan kes sejak semalam melainkan Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

“Dua kluster baharu ialah kluster pendidikan pengajian tinggi. Kita lihat kemungkinan dalam beberapa minggu akan datang jika tidak diambil langkah berhati-hati, kes akan terus meningkat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap warga emas yang berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang ada masalah kesihatan kronik yang serius mengambil suntikan dos penggalak kedua.

Khairy berkata, ia langkah terbaik untuk melindungi kumpulan itu daripada mendapat kesan serius sekiranya dijangkiti Covid-19.

“Saya juga mengikuti perkembangan kes di Singapura kerana setiap hari ratusan ribu yang keluar masuk di Tambak Johor,” katanya.

Sementara itu berkenaan kes jangkitan cacar monyet, beliau berkata, buat masa ini tiada kes dilaporkan di negara ini.

SinarHarian-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...