Sample Page Title

PUTRAJAYA : Kementerian Dalam Negeri bersedia memperluaskan kerjasama dengan Turki dalam bidang kawalan sempadan daripada pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu antara topik dibincangkan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sesi kunjungan hormat ke atas Presiden Recep Tayyip Erdogan di Ankara, Turki pada 31 Mei lalu.

“Perbincangan secara mendalam juga meliputi inisiatif untuk pengembangan kerjasama yang strategik sedia ada dan berkongsi pengalaman. Sesi pertemuan rasmi tersebut berlangsung di Istana Presiden dan turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu yang terkenal dengan reputasi ketegasan di republik itu,” kata kenyataan pejabat beliau di sini hari ini.

Negara Islam berkenaan menjadi tumpuan PATI kerana berkongsi sempadan darat sepanjang 2,648 kilometer dengan Armenia, Azerbaijan, Bulgaria, Georgia, Greece, Iran, Iraq dan Syria.

Mengulas lanjut, kenyataan pejabat itu menambah, aspek pemerkasaan kawalan sempadan negara diberikan fokus kerana Turki terkenal memiliki kepakaran tinggi dalam bidang tersebut.

“Justeru, beberapa lawatan khas bagi melihat pengurusan, teknologi, aset strategik dan lokasi operasi tumpuan menangani pencerobohan telah diatur khusus oleh kerajaan Turki. Malah program berkenaan akan diselaraskan sendiri oleh pihak Kementerian Dalam Negeri Turki supaya kejayaan republik itu dapat dikongsi bersama dengan kerajaan Malaysia.

“Tambahan pula, Turki diiktiraf mempunyai teknologi sistem keselamatan bertaraf dunia selain menjadi rakan strategik terbesar pada pameran Defense Security Asia 2022 di Kuala Lumpur,” katanya.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Segerakan Perolehan MRSS: Yazid

LUMUT - Perolehan dua kapal sokongan pelbagai peranan (MRSS) yang dijangka diterima pada 2024...

PM Hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Di Istana Negara

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis...

Hukuman Penjara Farid Kamil Diketepikan

Putrajaya : Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan...

SPRM Digesa Siasat Salah Guna Kuasa, Rasuah Kerajaan PAS

KUALA TERENGGANU : UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap...

Hadi Nafi Pernah Tuduh Anwar Jadi Ejen Israel

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh Perdana...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan RM600b Ketika Pentadbiran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600...

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...