Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Lima pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) iaitu presiden, timbalan dan naib seharusnya membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat pilihan yang betul mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya melihat PRU15 berisiko atau berkepentingan tinggi.

“Ini bukan soal Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, soal Najib atau Ismail Sabri. Ini soal masa depan BN dan negara kita.

“Kalau kita ada amanah, diberi kuasa buatlah keputusan dengan tepat dan bijaksana.

“Jangan fikir hal-hal diri tapi fikirlah masa depan parti dan masa depan negara kita. Kalau inilah dalam hati kita, insya-ALLAH BN akan kembali berkuasa di tanah air kita,” katanya ketika berucap di Majlis Konvensyen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu.


Ismail Sabri sebelum ini dilapor menyatakan bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan PRU15 ketika negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi.

Dalam temubual eksklusif bersama akhbar Nikkei berpangkalan di Jepun, iaitu akhbar kewangan terbesar dunia dengan pengedaran melebihi tiga juta sehari, Ismail Sabri berkata, kenaikan harga makanan dan kos sara hidup antara sebab beliau memerlukan masa di sebalik spekulasi kuat PRU15 dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

Menurut Najib lagi, pihaknya melihat pembangkang kini dalam keadaan cacamerba.

“PKR 12 peratus sahaja mengundi, Pejuang sudah ditolak, Bersatu tinggal dua kerusi sahaja di Johor. Pas sudah menurun, DAP pun ditolak maknanya pembangkang kini kucar-kacir,” katanya.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Lesen Untuk Penunggang P-Hailing Berbeza Daripada GDL

Lesen vokasional khas yang perlu diambil oleh penunggang perkhidmatan p-hailing tidak sama seperti lesen...

Lantikan S Gobi Krishnan Dibatalkan – Shahidan

KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim membatalkan pelantikan S...

Puspakom Sedia Tambah Baik Pemeriksaan Kenderaan Berat

SHAH ALAM - Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bersedia untuk memberikan kerjasama penuh terhadap...

Skandal LCS: Fail Dibuka, Laporan Siasatan Akan Diumum SPRM

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak...

Harga Petrol RON97 RM4.40, Turun 10 Sen

PUTRAJAYA : Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen kepada paras RM4.40 seliter...

Hishammuddin Digesa Jelaskan Isu LCS Di Dewan Negara

Dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini mendesak Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein memberi penjelasan...