• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mengamuk Di Lebuh Raya Didakwa 3 Pertuduhan

oleh AK-47
17/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Kangsar : Seorang lelaki yang dikatakan mengamuk di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) Ahad lalu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tiga pertuduhan.

Tertuduh, Zainordin Mohamed, 36, didakwa memasukkan dadah ke badan, melakukan khianat, dan memberhentikan kenderaan di tempat yang mendatangkan bahaya kepada awam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Zainordin tiba menaiki van polis ke perkarangan mahkamah jam 8.52 pagi kelihatan sentiasa menunjukkan isyarat menadah tangan seperti berdoa kepada pemberita ketika dibawa memasuki bilik perbicaraan.

Tertuduh mengaku bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan menendang cermin sisi sebelah kanan kereta dimiliki Radzi Anam, 45, justeru mengakibatkan kerugian RM200.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memasukkan dadah berbahaya THC ke dalam badan sendiri, manakala untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa sebagai pemandu kereta Toyota Vios menyebabkan kenderaan itu dihentikan di lorong kanan jalan dalam kedudukan yang mungkin menyebabkan halangan tidak berpatutan.

Bagi kesalahan khianat dan menyebabkan halangan pengguna jalan raya, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kilometer 253 Plus arah selatan pada 12 Jun lalu jam 6.09 petang.

Bagi kesalahan memasukkan dadah ke badan, dia didakwa melakukan demikian di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar jam 3.40 petang 14 Jun lalu.

Kesalahan itu masing-masing dibaca mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rohaida Ishak oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Asmaniza Mohammad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Nur Asmaniza memohon supaya tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan di Ulu Kinta, Ipoh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah memandangkan pemerhatian mendapati tertuduh berkelakuan tidak waras sepanjang tempoh tahanan reman tertuduh.

Hakim kemudiannya membenarkan permohonan Nur Asmaniza selain menetapkan tarikh baharu iaitu 14 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi kesemua pertuduhan, selain menunggu laporan patologi tertuduh berkaitan kes dadah.

Sementara itu, ketika dibawa keluar dari bilik perbicaraan, tertuduh turut kelihatan tidak berlaku waras apabila menunjukkan beberapa isyarat janggal selain seakan menyanyikan lagu.

-Harian Metro

Tags: Didakwamahkamahmengamukpertuduhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siti Bainun Menangis Nampak Anak-Anak Angkatnya

Next Post

Peguam Pemerhati Sahkan Bella Sihat

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

Sembilan Lelaki Didakwa Edar Dadah RM118 Juta

28/01/2025
0

SABAK BERNAM - Seorang warga tempatan dan lapan lelaki warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada...

Next Post

Peguam Pemerhati Sahkan Bella Sihat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd