Friday, February 14, 2025

Creating liberating content

Jenazah Hayati Lutfiah, Pertama...

Jenazah penumpang pesawat AirAsia QZ8501, Allahyarham Hayati Lutfiah Hamid yang juga jenazah pertama...

Myvi ‘Penyek’ Di Pembahagi...

BEBERAPA gambar memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning remuk teruk dan 'penyek'...

Kumpulan Pertama Pekerja Bangladesh...

PUTRAJAYA : Malaysia menerima kemasukan kumpulan pertama pekerja warga Bangladesh bagi sektor pembuatan,...

Polis Tahan 7 Lelaki...

KUCHING - Polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padawan menahan tujuh lelaki termasuk...

Lelaki Bangladesh Ditahan Salah Guna Permit

SHAH ALAM – Tindakan sebuah lori sampah mengelak sekatan jalan raya di Persiaran Perusahaan di sini membongkar perbuatan salah guna permit kelindannya yang merupakan warga Bangladesh, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi, lelaki Bangladesh berusia 34 tahun itu hanya mempunyai permit bekerja sebagai tukang cuci di Rawang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, anggota bertugas kemudiannya telah pergi arah lori tersebut dan meminta dokumen pengenalan diri serta lesen memandu untuk pemeriksaan.

Katanya, bagaimanapun pemandu warga tempatan berusia 54 tahun enggan memberikan kerjasama.


“Pemandu dan kelindannya kemudiannya ditangkap dan hasil siasatan mendapati kelindannya yang merupakan warga Bangladesh itu mempunyai permit dan pasport.

“Siasatan lanjut juga mendapati kelindan itu telah menyalahguna syarat permitnya. Ini kerana permit kerjanya adalah bagi tukang cuci di rawang dan tiada dokumen untuk bekerja di daerah ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Perkara 39(d) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori