• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PMX Bersyukur Dividen ASM3 Sebanyak 5 Sen Seunit – Tatakelola, Tiada Ketirisan, Salah Guna

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PMX Bersyukur Dividen ASM3 Sebanyak 5 Sen Seunit – Tatakelola, Tiada Ketirisan, Salah Guna
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur atas pencapaian Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2026 yang menyaksikan kadar pengagihan tertinggi dalam tempoh tujuh tahun iaitu sebanyak 5 sen seunit.

Menurut beliau, pencapaian itu mencerminkan keupayaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengurus amanah pelaburan dengan baik dalam mendepani persekitaran pasaran global yang penuh cabaran.

“Tatakelola yang baik bukan sekadar memastikan tiada ketirisan dan salah guna, tetapi juga menuntut kecekapan mengurus amanah, mencipta nilai dan memastikan hasilnya kembali memberi manfaat kepada rakyat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Menurut Anwar, bagi pemegang unit beragama Islam yang memilih kaedah pembayaran Zakat Khultah (Kelas B), kadar berkenaan bersamaan anggaran pulangan 4.87 peratus selepas zakat.

Beliau berharap pengagihan pendapatan itu dapat membantu rakyat memperkukuh simpanan serta merancang kedudukan kewangan mereka untuk masa hadapan.

“Moga pengagihan ini dapat membantu memperkukuh simpanan dan perancangan kewangan rakyat demi masa hadapan yang lebih baik. Insya-Allah,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim

Tags: BersyukurDividen ASM3PMXSalah GunaSebanyak 5 Sen SeunitTatakelolaTiada Ketirisan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangkaan Terhadap Belanjawan 2027 Tinggi Sedangkan Sumber Terhad – PMX Anwar

Jangkaan Terhadap Belanjawan 2027 Tinggi Sedangkan Sumber Terhad – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui berdepan jadual padat menjelang pembentangan Belanjawan 2027 pada awal Oktober...

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

Kita Bersimpati Kepada Tun Mahathir Dan Keluarga – PMX Anwar

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd