• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Legenda Bola Sepak Negara, Syed Ahmad Meninggal Dunia

oleh AK-47
01/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU: Legenda bola sepak negara, Syed Ahmad Syed Abu Bakar meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini akibat serangan jantung.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bekas penyerang kebangsaan yang berjaya membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 tengahari selepas dua hari dirawat di HTF.

Kesihatan Syed Ahmad yang sebelum ini bertarung dengan kanser prostat tahap empat mula merosot sejak sebulan lalu.

Anaknya, Syed Abu Bakar Syed Ahmad,40, berkata, semalam keadaan ayah nampak agak baik dan sempat meminta minuman.

Kata anak keempat daripada lima beradik itu, kesihatan ayah mula merosot sejak sebulan lalu dan hanya mampu terlantar.

“Jenazah ayah akan dikebumikan makam Diraja Lama Arau hari ini,” katanya.

Sebut saja nama Syed Ahmad pasti ramai peminat bola sepak tanah air mengenali dan mengagumi bakat emas yang dimiliki bekas
penyerang sensasi kebangsaan era 70-an itu.

Syed Ahmad bukan sahaja lincah dan pantas ketika beraksi, namun semangat juangnya di atas padang turut berjaya membantu
bantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Bintang kelahiran Pontian, Johor itu adalah penyerang berwibawa yang menyarung jersi negara dari tahun 1966 sehingga 1974 dengan membantu skuad kebangsaan menjulang pelbagai gelaran antaranya Pestabola Merdeka 1966, 1968, 1974 selain pingat Gangsa Sukan Asia di Tehran, Iran pada tahun sama.

Ketika kempen pra-Olimpik 1971 di Seoul, Korea Selatan, Syed Ahmad berjaya mencetak lima gol ketika menewaskan Jepun dan Korea Selatan dalam pusingan kelayakan tersebut.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Samihah Ghazali,75, bersama lima orang anak.

UtusanOnline-

Tags: meninggal duniaserangan jantungSyed Ahmad Syed Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bung Moktar Sudah Tiada

Bung Moktar Sudah Tiada

05/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia di sebuah...

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

Disyaki Meninggal Dunia Akibat Dipukul, Ibu Pelatih PALAPES Tuntut Siasatan Segera

01/08/2025
0

IPOH: Ibu kepada seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor, menuntut agar siasatan segera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd