• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah Guan Eng: Pemalsuan Dokumen Dibuat Atas Arahan – Saksi

oleh AK-47
28/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Rasuah Guan Eng: Pemalsuan Dokumen Dibuat Atas Arahan – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (Consortium Zenith) memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini, beliau mengetahui tindakan memalsukan invois dan baucar bayaran adalah kesalahan jenayah berat, ketika perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Guan Eng, Gobind Singh Deo, Ibrahim Sahari, 58, berkata, tindakan itu diambil mengikut arahan Pengarah Consortium Zenith Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli serta bekas Naib Presiden Kanan Kewangan dan Perkhidmatan Korporat Consortium Zenith, Azli Adam bagi kepentingan syarikat.

Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-29 itu menafikan beliau, Zarul Ahmad dan Azli master fabricator atau dalang dalam membuat rekaan membabitkan isu berkenaan.

Gobind: Kamu penipu dan penyangak?

Ibrahim: Tidak

Gobind: Kamu jenis ikut arahan untuk membuat kesalahan?

Ibrahim: Saya ikut arahan untuk kepentingan syarikat.

Gobind: Apa yang dilakukan Zarul (arahan palsukan invois), awak tidak pernah hentikan perkara itu?

Ibrahim: Tidak.

Gobind: Ketiga-tiga kamu (Ibrahim, Zarul Ahmad dan Azli) dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan?

Ibrahim: Ya.

Gobind: Tahu boleh dituduh di mahkamah?

Ibrahim: Ya.

Ibrahim juga memaklumkan tidak mengetahui wang ditunaikan menggunakan invois dan baucar bayaran palsu diberikan kepada siapa atau tujuan apa.

Ditanya mengenai penama dikenali ‘Datuk Seri G’ (ahli perniagaan, Gnanaraja) yang dipercayai penerima wang itu, Ibrahim berkata, individu itu diperkenalkan oleh Zarul Ahmad di pejabatnya.

Mengenai cek RM2 juta, Ibrahim berkata, ia ditandatanganinya dan seorang lagi pengarah syarikat, Wong Kai Wah sebelum Azli pergi ke bank, dengan membawa dua beg untuk mengisi wang yang akan ditunaikan.

“Setelah Azli menunaikan cek itu, beliau menyerahkan kedua-dua beg yang mengandungi wang berjumlah RM2 juta kepada Zarul di pejabatnya di Taman Desa di sini, pada 18 Ogos 2017.

“Pengeluaran wang itu atas arahan daripada Zarul sendiri. Saya mengesahkan Zarul meminta wang itu untuk diserahkan kepada ‘Datuk Seri G’. Penyerahan ini dalam pengetahuan saya,” katanya.

Jumaat lalu, Zarul Ahmad memberitahu mahkamah, beliau menggunakan orang tengah untuk menyerahkan RM2 juta yang diberi nama ‘coklat’ kepada Guan Eng, kerana bimbang memegang wang tunai dalam jumlah banyak.

Saksi pendakwaan ke-23 dilaporkan berkata, sumbangan itu sebahagian daripada wang permintaan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan, iaitu 10 peratus keuntungan projek syarikat dianggarkan RM30 juta.

Guan Eng memintanya menggunakan perantara jika ingin memberikan wang itu kerana tidak mahu membabitkan ahli perniagaan berkenaan akibat bimbang dipantau SPRM.

Susulan itu, Zarul Ahmad mencadangkan ahli perniagaan dan ‘orang’ Barisan Nasional (BN) dikenali Gnanaraja atas faktor mempunyai kekebalan kerana mengenali Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak serta bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut, di negeri itu.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang di Tingkat 21 Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan, iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3.3 juta dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Zarul yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan, iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah, bagi melakukan perkara yang dicadangkan, iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens di Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011 antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

-Harian Metro

Tags: Kes Rasuah Guan EngPemalsuan Dokumensaksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd