• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bella: Pihak Pendakwaan, Pembelaan Perlu Kerjasama Kongsi Maklumat

oleh Mohd Arshad
16/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Sesyen hari ini menasihatkan pihak pendakwaan dan pembelaan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali untuk menjalinkan kerjasama baik dalam berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hakim Izralizam Sanusi berkata, kerjasama itu perlu meliputi perkongsian maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi-saksi.

“Sebagaimana kita semua maklum pemilihan saksi-saksi ditawarkan oleh pihak pendakwaan adalah atas budi bicara pihak pendakwaan, bila-bila pihak pendakwaan boleh menyusun (saksi) yang mana boleh dipanggil dan yang mana boleh ditawarkan.

“Saya nasihatkan ya, itu proses biasa, ia adalah perkara asas yang semua orang patut tahu. Budi bicara tersebut adalah urusan pihak pendakwaan,” katanya sebelum perbicaraan kes Siti Bainun bemula di sini tadi.

Seramai lapan saksi pendakwaan telah memberikan keterangan dalam kes tersebut termasuk Pegawai Penyelidik Undang-Undang, Suhana Zam, 40, yang memberikan keterangan hari ini.

Terdahulu, peguam pemerhati bagi kes Bella mahu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara yang dilihat ‘tidak harmoni’ dalam perbicaraan tersebut.

Peguam pemerhati, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, antara perkara yang dibangkitkan adalah ketidakhadiran kali kedua Bella bagi sesi pengecaman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur baru-baru ini selain pihaknya tidak dimaklumkan pihak pendakwaan lebih awal mengenai ketidakhadiran itu.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-Kosmo Online

Tags: BellakerjasamaKes BellaKongsi MaklumatPihak Pendakwaan Pembelaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Krisis Politik Negeri Sembilan: 5 ADUN PN Umum Sedia Kerjasama Dengan BN

Krisis Politik Negeri Sembilan: 5 ADUN PN Umum Sedia Kerjasama Dengan BN

27/04/2026
0

SEREMBAN - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd