Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Pesara Bomba Diminta Bagi...

SIBU - Pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sarawak diminta terus memainkan peranan...

Program Bakat PETRONAS Fokus...

PETRONAS mengesahkan bahawa Hafizh Syahrin, pelumba yang telah dibimbing di bawah Program Pembangunan...

Utusan Gagal Batal Saman...

KUALA LUMPUR - Utusan Melayu (Malaysia) Berhad hari ini gagal dalam permohonannya untuk...

Najib Dakwa Hakim Datuk...

Putrajaya : Datuk Seri Najib Razak tadi, memohon rayuan akhir kes penyelewengan dana...

Kerani Diperdaya Hampir RM700,000

Taiping : Kerani wanita sebuah syarikat kontraktor perumahan kerugian hampir RM 700,000 apabila diperdaya seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Sabah.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pada jam 8.45 pagi, 15 Mei lalu, mangsa berusia 77 tahun menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang anggota polis bernama Ah Seng yang mendakwa bertugas di Sabah.

Dalam perbualan itu, suspek memaklumkan bahawa kad pengenalan milik mangsa digunakan dalam satu kes penipuan.

“Dalam perbualan itu, suspek juga turut menggertak mangsa dengan mengatakan mangsa akan dimasukkan ke penjara atas kesalahan itu.

“Susulan itu, suspek menawarkan diri untuk menyelesaikan perkara itu dan mengarahkan mangsa untuk membayar wang sebanyak RM600,000 hingga RM700,000.

“Akibat terlalu takut akan dipenjarakan, mangsa bersetuju dengan apa yang dipinta oleh suspek dengan membuat deposit cek sebanyak dua kali di sebuah bank di Taiping,” katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, deposit cek pertama berjumlah sebanyak RM320,000 dan kali kedua, sebanyak RM350,000.

Osman berkata, suspek turut mengarahkan supaya memberitahu bank bahawa deposit itu bertujuan untuk membeli rumah supaya pihak bank tidak mempertikaikannya.

Tambahnya, menyedari dirinya ditipu, mangsa datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping semalam.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori