Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ayub Jamil Nafi Lompat...

JOHOR BAHRU - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit Ayub Jamil hari ini...

Azmin Jumpa Anwar ‘Mesyuarat...

NAMPAK gaya macam ada sesuatu tidak kena dengan layanan 'luar biasa' terhadap Datuk...

Lebih 6,000 Sertai Larian...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku...

Remaja Derita Kaki Membesar...

China - Seorang pemuda berusia 21 tahun terpaksa menderita selama bertahun-tahun selepas kaki...

Kementerian Agama Indonesia Kemuka Kos Tambahan Haji RM450 Juta

JAKARTA – Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) mengemukakan usul kos tambahan operasi haji rutin dan khusus sekitar 1.5 trilion rupiah (RM450.02 juta) disebabkan kenaikan harga perkhidmatan oleh kerajaan Arab Saudi, lapor program berita Liputan 6 semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“Kami telah menyerahkan surat kepada Ketua Komisi VII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengenai anggaran tambahan penyelenggaraan ibadah haji rutin dan khusus bagi tahun 2022,” kata Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas semasa Mesyuarat Komisi VII DPR kelmarin.

Katanya, kos tambahan itu timbul ekoran dasar terbaharu Arab Saudi melibatkan kenaikan harga pakej perkhidmatan di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Arab Saudi menetapkan sistem pakej perkhidmatan Masyair dengan bayaran 5,656.87 riyal (RM6,599) bagi setiap jemaah, manakala bajet yang dipersetujui pada 13 April lalu cuma 1,531.02 riyal (RM1,786) setiap jemaah.


“Jadi, terdapat kekurangan kos sebanyak 4,125.02 riyal (RM4,816) untuk setiap jemaah atau secara keseluruhan, sekitar 380.5 juta riyal atau 1.46 trilion rupiah (RM439) juta,” katanya.

Dalam pada itu, jumlah kekurangan bajet bagi pegawai haji dan kumpulan bimbingan haji dan umrah adalah 9.18 bilion rupiah (RM2.78 juta).

Bajet tambahan juga diperlukan untuk kos jemaah Surabaya yang terlebih dahulu mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Terdapat bajet kos pertukaran asing sebanyak 19.28 bilion rupiah (RM5.79 juta).

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori