Sample Page Title

BEIJING: Selepas mengelilingi planet Marikh lebih 1,300 kali sejak awal tahun lalu, akhirnya sebuah kapal angkasa China berjaya memperoleh data memlibatkan seluruh Marikh, termasuk visual kutub selatannya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut media milik kerajaan China, kapal angkasa Tianwen-1 China yang dikemudi tanpa kru berjaya ‘menakluki’ planet merah itu pada Februari 2021 dalam misi sulung negara berkenaan ke Marikh.

Sejak itu, sebuah jentera robotik digunakan di permukaan ketika pengorbit meninjau planet terbabit dari angkasa.

Antara imej yang diambil adalah gambar pertama milik China di kutub selatan Marikh, di mana hampir semua sumber air di planet ini tertutup.

Pada 2018, siasatan orbit yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Eropah menemui air di bawah ais kutub selatan planet itu.


Pengesanan air di bawah permukaan adalah faktor utama untuk menentukan potensi planet bagi menampung kehidupan serta menyediakan sumber kekal untuk sebarang penerokaan manusia di sana.

Imej lain yang diperoleh Tianwen-1 ialah gambar gaung Valles Marineris sepanjang 4,000 kilometer dan kawah kesan hentaman tanah tinggi di utara Marikh yang dikenali sebagai Arabia Terra.

Tianwen-1 juga menghantar semula imej dengan resolusi tinggi membabitkan di hujung kawah Maunder yang luas, serta pemandangan bahagian atas Ascraeus Mons 18,000 meter, gunung berapi perisai besar yang pertama kali dikesan oleh kapal angkasa Mariner 9 NASA lebih lima dekad yang lalu.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...