Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

KSN Umum 10-11 Mei...

PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei) ialah hari...

Mavcom Tidak Puas Hati...

SEPANG - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Macvom) tidak berpuas hati terhadap kejadian gangguan sistem...

Muhyiddin Jumpa Ahli Parlimen...

PUTRAJAYA - Satu perjumpaan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersama semua...

Derma Untuk Guru RM1,...

BARU-baru ini sebuah posting berjudul 'Cikgu Bersara, Murid Wajib Derma RM1' yang ditulis oleh...

Jumpa 2 Mayat Lelaki Terapung

Klang : Dua mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Jeti Marina, Pulau Indah, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, Pusat Operasi Maritim Selangor menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada nelayan pada 4.26 petang.

“Susulan itu, bot PERKASA 36 yang sedang dalam operasi diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan melaksanakan tindakan selanjutnya.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota operasi menemui dua mayat lelaki berusia 30-an yang mana seorang lengkap berpakaian manakala seorang lagi hanya memakai seluar panjang.

“Dua mayat lelaki tanpa identiti itu kemudian dibawa ke Jeti Marina untuk diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Maritim Negeri Selangor di talian 03-21760627.

-Harian Metro

Kategori

Leave a Reply