• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Rasuah MRT: SPRM Buka Dua Kertas Siasatan

oleh Mohd Arshad
02/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah membabitkan projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam Transit Aliran Massa (MRT).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes tersebut telah dimulakan sejak Mac lalu yang menumpukan kepada pembayaran berunsur rasuah.

“Siasatan kes berkenaan telah dibuka sebelum keluarnya laporan mengenai pihak berkuasa Perancis menyiasat dakwaan penipuan dan rasuah membabitkan projek MRT bernilai RM692 juta yang berlaku beberapa tahun lalu.

“Skop siasatan adalah berkaitan isu rasuah yang sudah berlaku dan sudah dibayar kepada pihak tertentu. Ia menjadi tumpuan kami dan setakat ini dua kertas siasatan telah dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Pemantapan Wartawan Bersama SPRM, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dilaporkan berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk siasatan berhubung dakwaan terdapat elemen pemberian rasuah dalam projek pembinaan infrastruktur pengangkutan awam membabitkan MRT.

-Kosmo Online

Tags: Isu Rasuah MRTKertas SiasatanSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Ditahan Menyamar Ketua Polis Perlis

Next Post

Wujud Dalang Dalam KPDNHEP: Rosol

Related Posts

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

Next Post

Wujud Dalang Dalam KPDNHEP: Rosol

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd