• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Ditahan Menyamar Ketua Polis Perlis

oleh AK-47
02/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kangar : Dua lelaki termasuk seorang warga Myanmar direman empat hari sehingga 5 Jun hadapan bagi membantu siasatan penipuan dalam talian dengan menyamar sebagai Ketua Polis Perlis.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Asisten Komisioner Wari Kiew berkata, suspek warga Myanmar berusia 22 tahun itu ditahan di Chemor, Perak semalam.

“Manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun dan bekerja sebagai nelayan ditahan di Tanjung Karang, Selangor awal hari ini.

“Suspek warga Myanmar itu dipercayai adalah pemilik nombor telefon bimbit yang digunakan sindiket penipuan ini dengan menggunakan nama ‘Surina Aisyah’ dan gambar profil Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, seorang lagi suspek pula adalah pemilik akaun bank yang digunakan sindiket bagi pemindahan wang sebanyak RM7,000 daripada seorang mangsa sebelum ini.

“Kita bagaimanapun masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek terbabit menjual nombor telefon serta akaun bank mereka kepada sindiket penipuan dalam talian.

“Namun begitu, berdasarkan siasatan awal kita mendapati akaun bank berkenaan digunakan oleh sindiket dalam beberapa kes penipuan termasuk membabitkan jenayah komersil.

“Malah, kita percaya sindiket ini dianggotai lebih daripada tiga orang di mana kita sedang memburu dalang sindiket berkenaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa tiada laporan polis dibuat oleh mangsa wanita yang didakwa melakukan pemindahan wang sebanyak RM7,000 kepada sindiket berkenaan sehingga kini dan menasihatkan mangsa untuk segera tampil membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Awal minggu ini, seorang wanita mendakwa menerima panggilan daripada seorang ‘polis’ yang mengatakan bahawa dirinya terbabit dengan kes jenayah dadah dan penggubahan wang haram.

Mangsa yang ketakutan kemudian disambungkan kepada seorang anggota ‘polis’ bernama ‘Surina Aisyah’ yang meminta agar mangsa memindahkan wang sebanyak RM7,000 sebagai cara untuk mengelakkan daripada ditahan polis.

Malah, gambar daripada talian nombor telefon bimbit yang menghubungi mangsa itu didapati menggunakan gambar profil Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

Rentetan daripada itu satu laporan polis dibuat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis berkenaan kes itu.

-Harian Metro

Tags: ditahanKetua Polis PerlismenyamarPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd