Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Perkembangan Baru Kes...

KES kehilangan paderi Raymond Koh masih dalam inkuiri polis serta tiada perkembangan baharu,...

Operasi Kebakaran Tanah Gambut...

 BEAUFORT- Pekebun dan peladang diseru untuk tidak melakukan pembakaran secara terbuka ketika cuaca...

Intan Nafi Putus Dengan...

UMUM mengetahui hubungan antara pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli telah pun berakhir...

Penuntut IPT Maut, Rakan...

TANJUNG MALIM - Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) maut manakala rakannya parah...

Harga Minyak Dunia Akan Kekal Tinggi Bagi Tempoh Dua Tahun

BANGKOK – Keputusan terbaharu Kesatuan Eropah (EU) memboikot hingga 90 peratus minyak dari Rusia menjelang hujung tahun ini akan menyebabkan harga pasaran kekal tinggi sehingga dua tahun, lapor akhbar Bangkok Post, kelmarin.

Naib Presiden Eksekutif Kanan Bangkok Bank, Kobsak Pootrakul berkata perang Rusia-Ukraine yang masih tidak bertemu titik penyelesaian juga menyumbang kepada pengekalan harga mahal minyak dunia.

Oleh sebab itu, Kobsak menasihatkan kerajaan Thailand untuk menyediakan bajet bagi meneruskan subsidi harga tenaga bagi membantu mengurangkan kesan kenaikan harga minyak kepada pengguna.

Lanjutan skim subsidi pembayaran bersama dan subsidi hotel boleh dihentikan terlebih dahulu kerana kedua-duanya memerlukan pembiayaan yang besar.

“Larangan terbaru oleh EU ke atas kebanyakan import minyak Rusia akan memberi lebih tekanan kepada harga tenaga dan makanan global, akhirnya mendorong inflasi keseluruhan meningkat lagi,” tegas Konsak.

Kobsak berkata, harga minyak global melonjak dengan pantas kepada AS$120 (RM526) setong dan boleh mencecah AS$150 (RM657) tidak lama lagi kerana Rusia membekalkan kira-kira 10 peratus daripada penggunaan minyak dunia.

Harga baja global juga meningkat kerana Rusia membekalkan 14 peratus baja urea manakala bersama Belarus, Rusia membekalkan 41 peratus potash.


Potash adalah nutrien asas untuk tumbuhan dan bahan penting dalam baja.

Menurut Kobsak, ekonomi global berdepan cabaran getir yang disebabkan oleh harga tenaga yang tinggi, kenaikan harga makanan dan sistem kewangan yang tidak menentu.

“Memandangkan harga tenaga dan tanaman terus meningkat, kadar inflasi setiap negara pasti akan meningkat dengan sewajarnya.

“Bank pusat setiap negara pula dijangka mematuhi dasar kadar faedah yang tinggi untuk mengekang tekanan inflasi, mengakibatkan turun naik dalam pasaran kewangan ,” katanya.

Negara-negara kecil dengan jumlah pinjaman yang tinggi dijangka menerima impak dahsyat kerana mereka akan tertakluk kepada serangan kewangan spekulatif.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori