• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Datuk’ Dalang Seludup Diesel Subsidi Dicekup

oleh AK-47
16/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Baru seminggu beroperasi, sindiket penyeludupan minyak diesel yang didalangi lelaki bergelar ‘Datuk’ dilumpuhkan dalam serbuan Op Bersepadu Kontraban di sebuah stor Kawasan Perindustrian Desa Plentong di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam serbuan jam 11 malam itu pihaknya turut menahan 30 individu termasuk seorang wanita dan seorang lelaki warga asing berusia antara 22 hingga 46 tahun.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 95,000 liter diesel bernilai RM522,500.

Katanya, turut dirampas 39 lori pelbagai jenis yang diubahsuai di bahagian tangki, sebuah van dan empat tangki besar dengan kapasiti 19,000 dan 15,000 liter serta 79 tong kapasiti 1,000 liter minyak diesel berjumlah 95,000 liter dan wang tunai RM12,507 dengan keseluruhan rampasan termasuk diesel bernilai RM3.018 juta.

Menurutnya, ia adalah rampasan terbesar di Johor pada tahun ini.

“Sindiket ini dipercayai sudah beroperasi sejak lebih seminggu lalu dan didalangi seorang warga tempatan bergelar Datuk berusia 46 tahun.

“Datuk ini mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah iaitu ugut, curi dan menipu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Kamarul Zaman, diesel subsidi itu dipercayai dijual di negara jiran dengan menggunakan jalan laut.

Katanya, modus operandi sindiket adalah menggunakan lori yang sudah diubah suai dengan meletakkan tangki di bahagian muatan.

“Mereka akan membeli diesel di stesen minyak menggunakan satu saluran kecil di bahagian bawah lori.

“Terdapat satu pam khas yang akan menyedut dari saluran kecil itu sebelum masuk ke tangki besar di bahagian muatan lori. Mereka cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan modus operandi ini.

“Saya percaya masih terdapat saki baki ahli sindiket dan pihak polis akan memburu mereka sekali gus melumpuhkan terus kegiatan haram ini,” katanya setakat ini sebanyak lapan laporan kes tangkapan dibuat oleh pihak polis marin di bawah peruntukan Akta Kawalan Bekalan 1961 di seluruh negeri.

Menurutnya, pihaknya juga akan menyiasat sama ada mana-mana penguat kuasa terbabit atau bersekongkol dengan sindiket berkenaan sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barangan kawalan dan dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen.

Jika sabit kesalahan katanya, boleh didenda tidak lebih RM1 juta dan tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan berikutnya.

-Harian Metro

Tags: DalangdatukDiesel SubsidiseludupSeludup Diesel Subsidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

Individu Dapat Gelaran Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Datuk Patut Pertahankan Institusi Raja

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiap individu yang bergelar Tun, Tan Sri, Datuk Seri mahupun Datuk sepatutnya tampil mempertahankan institusi Raja. Pendakwah...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd