Sebanyak 1,844 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kini adalah sebanyak 4,512,040 kes.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan satu lagi kematian direkodkan di Sarawak, yang merupakan rekod terendah dillaporkan sejak 9 Mei tahun lalu.
Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 35,681 kematian direkodkan di seluruh negara.
Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:
Selangor (813)
Kuala Lumpur (375)
Perak (129)
Negeri Sembilan (112)
Pulau Pinang (111)
Melaka (65)
Sabah (51)
Kedah (44)
Johor (39)
Sarawak (28)
Putrajaya (26)
Pahang (19)
Kelantan (14)
Terengganu (13)
Perlis (5)
Labuan (0)
Kes aktif kini berjumlah 23,046, menurun 17.9 peratus berbanding 14 hari lalu.
Secara purata, tiga orang meninggal dunia sepanjang minggu lalu, manakala empat orang meningal dunia dalam tempoh sebulan, sekali gus menunjukkan kadar penurunan.
Sebanyak 129 kematian dicatatkan pada bulan lepas dan 564 kematian pada bulan sebelumnya.
Pada masa ini, seramai 961 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 27 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Jumlah kemasukan ke hospital tertinggi semalam dicatatkan di Selangor (184) diikuti Sabah (85) dan Johor (82).
-Malaysia Kini