Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

PRU Singapura: Lebih 1.1...

SINGAPURA - Sejumlah 1,153,570 rakyat Singapura telah mengundi menjelang tengah hari dalam pilihan...

BN Tak Pandang Mudah...

KUALA KANGSAR - Barisan Nasional (BN) tidak akan memandang mudah terhadap cabaran pertandingan...

Video Mesra – Peminat...

PERCINTAAN Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sering mendapat perhatian ramai. Malah, mereka juga tidak...

SOSMA: KPN Mahu Heret...

KUALA LUMPUR - Golongan yang terlibat dalam sabotaj dan mencemarkan air Sungai Selangor...

BULI – Pelajar SMK Puncak Alam Berlubang Lutut

KUALA SELANGOR – Seorang pelajar lelaki sesi petang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puncak Alam di sini dipercayai menjadi mangsa buli yang sadis apabila lututnya didakwa dipukul pelajar senior sehingga berlubang dan terdedah isi dalam selain mengalami kecederaan di bahagian muka serta gigi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Mynewshub difahamkan, pihak polis yang menerima laporan keluarga mangsa telah bertindak bertemu semua pelajar lelaki sekolah berkenaan hari ini bagi tujuan kawad cam.

BACA – Sah Berlaku Kejadian Buli Di SMK Puncak Alam

“Semua pelajar lelaki diminta berada di dewan sekolah bagi urusan mengenal-pasti pelaku oleh mangsa dan dibenarkan pulang selepas itu,” kata sumber kepada Mynewshub.

Kejadian didakwa berlaku tengah hari semalam ketika pelajar sesi pagi mula meninggalkan sekolah dan pelajar sesi petang mengambil tempat di kelas masing-masing.

Dalam sebuah tangkap skrin (print screen) yang tersebar, pemilik akaun menggunakan nama ‘poksu alam suria’ mendakwa kejadian berlaku di tandas sekolah berkenaan.

“Anak buah saya teruk kena buli di smkpa (SMK Puncak Alam) petang tadi (semalam), lutut berlubang kena pukul dengan batu, bibir pecah, gigi patah.


“Katanya budak form 4 punya kerja, jadi sesiapa kenal atau ada adik ke yang tahu pasal kes ni, boleh contact saya segera untuk dapatkan maklumat si pelaku, dan untuk tujuan report polis,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Puncak Alam, Mohd Hanif Md Sultan ketika dihubungi mengesahkan kehadiran pihak polis untuk menyiasat dakwaan buli berkenaan.

“Saya tidak boleh mengulas banyak kerana waktu ini pihak polis berada di sekolah dan sedang melakukan penyiasatan,” katanya.

Untuk rekod, SMK Puncak Alam adalah sekolah yang sama di mana seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani didakwa bergurau keterlaluan menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol tahun lalu.

Isu berkenaan ketika itu mendapat perhatian meluas di seluruh negara dan mewejudkan kebimbangan di kalangan ibu bapa.

-MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori