Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Himpunan Gagal Cuma 4,000...

HAMBAR... Jumlah kehadiran peserta himpunan haram pembangkang di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor...

Kes Baharu COVID-19 Catat...

KUALA LUMPUR: Malaysia kembali mencatatkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu sebanyak 4,896 kes,...

22,535 Kes Baru, 87...

Kementerian Kesihatan berkata 22,535 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes...

Rombakan Kabinet Selepas Raya...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengumumkan rombakan kabinetnya selepas...

“Bon Odori: Siapa Yang Keliru?”

1. Bon – kadang-kadang disebut sebagai Obon – ialah adat resam masyarakat Jepun yang
beragama Buddha sebagai menghormati roh nenek moyang mereka. Roh berkenaan
dikatakan akan melawat mazbah di rumah sebelum dihantar pulang semasa upacara pada
akhir perayaan. Bon Odori adalah tarian yang dipersembahkan semasa Bon, bersama orang
ramai dengan lazimnya membentuk satu bulatan dan menari di sekitar pentas (dipanggil
'Yagura') dan diiringi oleh persembahan muzik.

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selaku sebuah agensi utama pengurusan hal
ehwal islam di peringkat persekutuan, telah membuat kajian berkenaan program ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, kajian
yang dilakukan JAKIM mendapati program itu mempunyai unsur-unsur keagamaan. Apa yang dinasihatkan adalah kepada orang Islam di negara kita untuk tidak melibatkan diri dalam apa-apa perayaan golongan bukan Islam apatah lagi mengikuti ritual-ritual mereka yang bercanggah dengan prinsip Islam serta mengagungkan syiar agama mereka agar tidak membawa fitnah kepada agama Islam.

3. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menggesa pihak kepimpinan DAP yang bukan
beragama Islam untuk berhenti menunjukkan kebodohan masing-masing yang tiba-tiba menyerang pihak JAKIM, Mufti dan kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan PAS, kerana perbuatan mereka seolah-olah menghina JAKIM, institusi Mufti dan agama Islam. Kenyataan semborono ADUN DAP, Lau Weng San, umpama lebih arif hukum Islam
berbanding pihak JAKIM dan pejabat Mufti.

4. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) turut menggesa pimpinan MUDA yang beragama Islam dan beberapa individu di dalam Sisters of Islam yang lantang mengecam JAKIM dan menggunakan perbandingan terhadap kerajaan PAS pada tahun 2018 agar bermuhasabah diri sebelum mengeluarkan kenyataan. Kajian dibuat pada tahun ini melarang umat Islam merayakan Bon Odori turut diambil tindakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kerana pada tahun 2022, mereka mengeluarkan unsur syirik Bon Odori di dalam perayaan budaya masyarakat Jepun yang berlangsung di Kelantan. Semua pihak perlu peka dan prihatin akan perbezaan perayaan agama dan perayaan budaya.

5. Sebagai contoh, umat Islam di negara kita tidak akan mengajak penganut agama lain untuk menyertai khutbah Hari Raya Aidilfitri dan solat bersama-sama kerana menghormati agama masing-masing. Namun, dari segi budaya, acara rumah terbuka dan makan-makan diraikan bersama-sama tanpa mengira agama untuk mengukuhkan perpaduan rakyat Malaysia.
Analogi sama boleh dibuat untuk perayaan Jepun. Mengapa DAP dan MUDA mahu
mempolitikkan isu sebegini?


6. Umat Islam di negara kita disarankan untuk mendengar nasihat daripada pihak berwajib
yang bertanggungjawab atas isu-isu agama Islam. Seharusnya, nasihat YB Menteri Agama
(Islam), Mufti-Mufti seperti di Pulau Pinang dan Perlis, dan JAKIM perlu diambil berat. Atau
adakah kita mahu mendengar nasihat agama daripada mereka yang tidak punya tauliah dan dangkal ilmu agama islam daripada pimpinan DAP yang tidak beragama Islam atau ahli-ahli politik MUDA yang seangkatan dengannya? Siapa yang keliru sekarang?

#MalaysiaSejahtera
#PemudaIkatan
#IsuRakyat

 “Bon Odori: Siapa Yang Keliru?”

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Pengerusi IKATAN Negeri Kelantan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori