Sample Page Title

JERTIH : Bekalan ayam dalam negara stabil serta mencukupi dan diagihkan mengikut keperluan pasaran semasa.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata hasil pemerhatian pihak kementerian sejak tiga hingga empat minggu lalu tidak ada aduan berhubung isu gangguan bekalan ayam sama ada di peringkat pasar raya atau pasar tani.

Katanya, bekalan ayam dalam negara stabil namun berlaku kenaikan kos input yang dialami semua negara.

“Kerajaan juga akan mengkaji semula pemberian subsidi selepas membuat keputusan menghentikan pemberian subsidi kepada pihak industri akhir bulan ini.

“Pemberian subsidi kepada pihak industri sebelum ini akan diganti dengan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar B40 secara langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Hari Peladang, Penternak dan Nelayan, Negeri Terengganu di Dataran Pekan Jabi, Besut, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, merasmikan majlis dan Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim.


Ronald berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada tahun ini memperuntukkan lebih RM43.5 juta bagi merancakkan lagi sektor pertanian Terengganu sekali gus memajukan industri agromakanan di negeri ini.

“Peruntukan itu disalurkan kepada kerajaan negeri melalui pelbagai jabatan dan agensi di bawah MAFI bagi pelaksanaan pelbagai projek, program dan inisiatif merentasi semua subsektor termasuk padi dan beras, perikanan, tanaman dan ternakan,” katanya.

Beliau berkata, Isu Sekuriti Bekalan Makanan Negara antara isu yang di pandang rapi dan kerajaan bersedia untuk menghadapi sebarang gangguan dalam rantaian makanan sama ada jangka pendek atau panjang.

“Isu inflasi makanan yang dialami negara merupakan fenomena global dan negara kita juga tidak terkecuali.

“Kita juga tidak berdepan masalah bekalan ikan dan faktor turun naik harga ikan ditentukan berdasarkan faktor penawaran serta permintaan pasaran,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...