• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Muktamad Harga Telur Penyu

oleh AK-47
10/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Harga munasabah bagi telur penyu yang dibeli daripada pemajak di Terengganu akan dimuktamadkan kerajaan negeri tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu Ruzaidi Mamat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Beliau berkata, harga RM1.50 untuk sebiji telur penyu yang dicadangkan sebelum ini bukanlah harga muktamad kerana pihaknya sedia maklum dengan rungutan yang timbul daripada pihak pemajak.

“Mesyuarat itu nanti akan turut dihadiri pemajak telur penyu di pantai-pantai Terengganu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat yang terlibat dengan usaha konservasi penyu di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Kesedaran Penyu Terengganu di sini.

Terdapat 34 pantai pajakan di seluruh Terengganu dan setakat ini 19 pantai telah dipajak untuk tujuan pengurusan pemuliharaan penyu manakala bakinya masih terbuka untuk mana-mana NGO atau syarikat korporat yang berminat.

Ruzaidi berkata, setakat ini terdapat tujuh rakan strategik Jabatan Perikanan Negeri Terengganu yang serius mahu terlibat dengan usaha konservasi penyu di Terengganu dan daripada jumlah itu, dua telah memberi persetujuan untuk membeli telur penyu daripada pemajak.

Awal bulan lepas pemajak telur penyu di Terengganu menggesa kerajaan negeri mengkaji semula harga belian telur eksotik itu kerana nilai baharu iaitu RM1.50 sebiji dikatakan terlalu rendah berbanding RM3 sebelum ini.

Pemajak mendakwa harga baharu itu tidak ‘masuk akal’ dan tidak setimpal dengan kos yang perlu dikeluarkan untuk mencari telur penyu di kawasan pantai pendaratan penyu yang telah dipajak.

-Harian Metro

Tags: hargaMuktamadTelur Penyu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd