Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Maut Selepas Main Video...

CHINA – Bermain video game selama 19 jam tanpa henti dikatakan punca seorang...

Najib Bentang RMK-11 Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Rancangan...

Anjing Selamat Nyawa Wanita...

BUTTERWORTH - Seekor anjing berusia lapan tahun yang diberi nama Anna sanggup berkorban...

Najib Bantu Pendidikan Anak...

KUALA LUMPUR – Saksi ke-12 perbicaraan Datuk Seri Najib Razak, Manisah Othman mendedahkan...

Antara Penyamar LHDNM Dan Kenaifan Mangsa

Pada 10 Jun lalu media melaporkan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap 10 lelaki atas pertuduhan gagal memberi penjelasan berhubung perolehan wang dalam akaun bank membabitkan jumlah RM3.14 juta.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Semua tertuduh tidak dapat memberi penjelasan memuaskan bagaimana mereka memperoleh wang milik seorang guru swasta berusia 31 tahun berjumlah antara RM40,000 hingga RM2.3 juta di dua bank di Ampang antara 20 Februari hingga 4 April lalu.

Oleh demikian mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksium RM1,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, guru itu menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada Februari lalu.

Lelaki itu menyatakan guru berkenaan mempunyai tunggakan cukai selama 15 bulan berjumlah RM17,600.76 atas Syarikat Trillion Star Enterprise yang didaftarkan atas nama mangsa.

Guru itu kemudian diminta membuka akaun bank baharu sebelum maklumat perbankan diserahkan kepada lelaki berkenaan.

Ini antara sebahagian daripada kisah bagaimana begitu mudah segelintir rakyat Malaysia tertipu dengan mereka yang menyamar sebagai pegawai LHDNM akibat kurang pengetahuan terhadap isu semasa.

Walhal telah berulang-kali insiden penipuan membabitkan penyamaran sebagai pegawai LHDNM dipaparkan oleh pihak media, tetapi sehingga kini masih ada yang mudah diperdaya.


Sehingga penjenayah mengaku sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM pun boleh tertipu. Logik akal berfikir apa perlu Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM menghubungi pembayar cukai sedangkan terdapat ramai pegawai bawahan yang bertugas.

LHDNM sendiri acap kali mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah dengan sindiket atau individu penipuan yang menyamar sebagai pegawainya sehingga menyebabkan begitu banyak kerugian.

Jangan mudah goyah apabila sindiket atau individu terbabit turut menyediakan dokumen atau emel palsu untuk memperdaya kerana banyak saluran untuk mendapatkan pengesahan.

Dalam perkembangan teknologi maklumat yang serba canggih zaman ini untuk mendapatkan maklumat sahih daripada LHDNM sangat mudah.

Pertanyaan tentang perkara yang disangsikan boleh dikemukakan terus kepada LHDN di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Begitu juga HASiL Live Chat; dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Mudah bukan maka mengapa perlu tertipu?

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori