• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran

oleh Mohd Arshad
06/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menghadiri Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022 di Istana Negara.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Turut berangkat ke istiadat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong itu adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin yang kemudian mengiringi pasangan diraja ke Peterana Diraja.

Sebaik tiba di Peterana Diraja, Al-Sultan Abdullah diberi Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama dan serentak itu, lagu Negaraku dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Panji Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan diikuti 21 das tembakan meriam.

Al-Sultan Abdullah kemudiannya berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dan selesai pemeriksaan, Seri Paduka sekali lagi menerima Hormat Diraja dan lagu Negaraku berkumandang.

Seri Paduka berdua kemudiannya diiringi perdana menteri dan isteri, berangkat meninggalkan Peterana Diraja ke Dewan Sri Maharaja bagi meneruskan atur cara Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.

Istiadat itu satu daripada enam acara yang dijadual berlangsung bermula 2 Jun lalu hingga 10 Jun deoab sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.

Bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi itu, seramai 1,021 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2022.

-Berita Harian

Tags: AgongIstiadat Pengurniaan Darjah Kebesaranraja permaisuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Hargai Peranan Kerajaan, Penjawat Awam Atasi Cabaran Negara

Agong Seru Umat Islam Syukuri Aidilfitri, Terus Istiqamah Dan Prihatin Sesama Insan

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan seluruh umat...

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

Agong Titah Jangan Lupa Prinsip Rukun Negara, Kita Tidak Boleh Terima Orang Kurang Ajar

21/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya rakyat Malaysia jangan lupa terhadap lima prinsip Rukun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd