Saturday, May 18, 2024

Creating liberating content

Kuih Peneram Sepi, ‘Lima...

BAGAN SERAI - Kuih peneram sepi, manakala kuih 'lima seringgit' pula menjadi popular...

Pelan Pembangunan Pendidikan Akan...

PUTRAJAYA - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan...

Kerajaan BN Uruskan Ekonomi...

KUALA LUMPUR – Semakan peningkatan kali keempat terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)...

4 Mangsa Mungkin Tertimbus...

BAYAN LEPAS : Operasi mencari dan menyelamat baki empat mangsa runtuhan di gudang...

9 Daerah Di Kelantan Disenarai Zon Merah Kes HFMD

Kota Bharu : Sembilan daerah di Kelantan disenaraikan dalam zon merah kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam tempoh 10 hari sehingga kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, sembilan daerah berkenaan adalah Kota Bharu yang mencatat sebanyak 705 kes, diikuti Machang (157 kes), Tumpat (126 kes), Pasir Mas (116 kes), Tanah Merah (96 kes), Kuala Krai (92 kes), Bachok (89 kes), Gua Musang (85 kes) dan Pasir Puteh (75 kes).

Katanya, hanya satu daerah iaitu Jeli berada dalam zon kuning dengan 47 kes.

“Jumlah keseluruhan kes HFMD pada Minggu Epidemiologi (ME) 22/2022 dalam tempoh 10 hari sehingga kelmarin adalah sebanyak 1,588 kes. Angka itu menjadikan kumulatif sebanyak 5,782 kes jangkitan untuk tahun ini.

“Kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun paling ramai dijangkiti HFMD iaitu sebanyak 68.4 peratus, diikuti lima hingga enam tahun (14.4 peratus) dan tujuh hingga 12 tahun (8.3 peratus),” katanya dalam kenyataannya, hari ini.


Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, bilangan kanak-kanak yang dirawat di hospital adalah sebanyak dua kes di wad biasa dan seorang mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau berkata, jangkitan HFMD di negeri ini tidak teruk dan hanya bergejala ringan, pesakit hanya menjalani kuarantin di rumah.

“Terdapat 25 wabak yang dilaporkan pada tahun ini iaitu 24 adalah membabitkan taska atau tadika, manakala empat wabak adalah di rumah persendirian,” katanya.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori