• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Warga Nepal Sokong Penghinaan Terhadap Nabi Muhammad Ditahan

oleh AK-47
16/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis menahan empat warga Nepal dipercayai individu yang videonya tular kerana menyatakan sokongan terhadap kenyataan ahli politik India berhubung penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 26 hingga 27 tahun ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, hari ini.

“Polis turut merampas peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran tular di media sosial itu.

“Polis kini sedang berusaha untuk mengesan baki suspek yang masih bebas dan menggesa individu terbabit dengan rakaman video itu supaya tampil membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan ketakutan dan kegentaran awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, video dimuat naik di TikTok menggunakan nama @ganggarammahto280, menunjukkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves sambil menyatakan pendirian menyokong ahli politik daripada parti Bharatiya Janata yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.

Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat lebih 16,000 tontonan serta tular di Facebook dan WhatsApp.

-Harian Metro

Tags: ditahanNEPALPenghinaan Terhadap Nabi Muhammad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MRT2: Pembukaan Fasa 1 Selaras Agenda PIPANS Di Selangor

Next Post

Harga Petrol Di Pakistan PKR233.89 (RM4.95) Seliter

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Pergaduhan Di Dataran Merdeka

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan individu di Dataran Merdeka yang videonya tular...

Next Post

Harga Petrol Di Pakistan PKR233.89 (RM4.95) Seliter

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd