Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Agong, Raja Permaisuri Zahirkan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

“Lima Minit Tak Keluar,...

KUALA LUMPUR - “Lima minit tak keluar, dia mati atau saya mati".Pengerusi DAP...

Gaji Minimum RM1,500 Tidak...

KUALA LUMPUR : Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 tidak akan...

Kenang Paul Walker, Vin...

Bagi mengenang Paul Walker sebagai pelakon utama filem Furious 7, Vin Diesel berkongsi...

28 Individu Termasuk GRO Ditahan Dalam Serbuan

Penampang : Seramai 28 individu tanpa dokumen pengenalan diri ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Pekan Koidupan, Jalan Penampang Baru, di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Dalam operasi pada 11.40 malam itu, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan membabitkan enam lelaki serta 22 wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO).

Jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berkata, dalam operasi berkenaan, seramai 75 individu membabitkan pekerja dan pengunjung premis menjalani pemeriksaan dokumentasi.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, 28 daripada individu terbabit gagal mempamerkan dokumen yang sah dan melanggar akta imigresen.


“Mereka yang ditahan adalah membabitkan lima lelaki dan 15 wanita warga Filipina serta seorang lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Katanya, operasi berkenaan dijalankan dengan kekuatan seramai 37 pegawai dan anggota JIM.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori