• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

238 Kes Baharu HFMD Di Perlis

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Perlis mencatatkan sebanyak 238 kes baharu penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) sehingga semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim, berkata kes itu direkodkan dalam kalangan kanak-kanak bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-22 iaitu dari 29 Mei hingga semalam.

“Secara kumulatifnya dari Januari tahun ini hingga semalam,

terdapat 1,174 kes HFMD keseluruhannya di Perlis dan terdapat tiga wabak ini yang masih aktif membabitkan dua taska dan sebuah tabika.

“Secara umumnya jangkitan HFMD di negeri ini masih tinggi, namun ia terkawal dan ketiga-tiga taska dan tabika terbabit sudah pun ditutup. Jadi, masyarakat tidak perlu bimbang dan patuhi segala nasihat kesihatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa di media sosial seperti Facebook,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran MyCHAMPION (Community Health Centre) Ejen Kesihatan Komuniti Bagi Aktiviti Perkasa Komuniti di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (AMNS) Peringkat Negeri Perlis di Auditorium Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada masa sama juga tidak berlaku kekurangan bekalan ubat di kemudahan kesihatan milik Kementerian Kesihatan (KKM) seperti Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan klinik kesihatan daerah di negeri itu.

Setakat ini, kita tidak menerima aduan secara rasmi daripada pihak farmasi berkaitan kekurangan bekalan ubat dan seperti yang pernah dinyatakan oleh Pengarah Kanan Farmasi KKM, mungkin hanya ubat tertentu seperti ubat demam, selsema dan ubat alahan gatal untuk kanak-kanak yang mengalami HFMD. Kekurangan itu pun berlaku di kawasan tertentu saja.

“Kita pun sebenarnya ada pilihan ubat lain yang boleh digunakan dan tidak semestinya ubat yang sama saja boleh membantu mengurangkan simptom HFMD dialami oleh kanak-kanak dan secara umumnya kita tiada masalah berkaitan kekurangan ubat di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Sirajuddin bersama EXCO Belia dan Sukan negeri, Hamizan Hassan yang mewakili Menteri Besar dan EXCO Kesihatan negeri, Teh Chai Aan melancarkan MyCHAMPION Peringkat Negeri Perlis 2022.

MyCHAMPION adalah evolusi kepada program pemerkasaan masyarakat dijalankan KKM sebelum ini dengan sehingga Mac lalu, seramai 3.9 juta warga negara ini menyertai program sukarelawan MyCHAMPION dengan tujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sihat sejahtera.

BHonline-

Tags: HFMDKKMPerlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

Five-Nation Stamp Exhibition Perlis 2026 Set to Attract Visitors to Kangar

22/09/2026
0

KANGAR, PERLIS — The Five-Nation Stamp Exhibition Perlis, Malaysia 2026 will be held from 25th to 27th September 2026 at...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd