Sample Page Title

ARAU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) negeri tidak menolak kemungkinan bertanding semua 18 kerusi di Perlis dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Azlan Man berkata, ketika ini UMNO sedang bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, kata Menteri Besar, segala keputusan berhubung perkara tersebut perlu dimuktamadkan oleh kepemimpinan tertinggi parti.

“Setakat ini, berdasarkan perkembangan semasa kemungkinan besar kita ke arah itu (bergerak secara solo dalam PRU-15).

“Jika muktamad kita bergerak solo, maka UMNO dan BN bertanding semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri Menteri Besar peringkat Parlimen Arau di Dewan Sivik, di sini hari ini.

Semalam, Pas negeri menyifatkan kenyataan Azlan bahawa UMNO dan BN akan bergerak solo dalam PRU-15 sebagai menggalakkan perpecahan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli dilaporkan berkata, kenyataan seperti itu amat meresahkan umat Islam kerana menggalakkan perpecahan berbanding penyatuan yang sedang diusahakan.


Dalam PRU-14, Pas menang dua kerusi Iaitu di DUN Guar Sanji dan Sanglang manakala BN menguasai 10 kerusi DUN serta dua Parlimen.

Dalam perkembangan berkaitan, Azlan berkata, UMNO negeri melakukan transformasi dengan bakal mengetengahkan lebih ramai calon muka baharu dalam PRU-15.

Katanya, muka-muka baharu tersebut bergandingan dengan calon muka lama yang dikekalkan.

Ujarnya, calon yang dipilih akan dinilai terlebih dahulu sebelum memuktamadkan mereka yang bakal bertanding dalam pilihan raya tersebut.

“Kita sudah ada bayang-bayang calon-calon yang bakal diketengahkan itu dan masih melihat daripada segi kesesuaian calon ini.

“Insya-Allah panjang lagi masa sebelum menjelangnya pilihan raya dan kita sama sekali tidak ada sebarang tekanan jika pilihan raya berlangsung lebih cepat. Kalau lagi cepat lagi baik,” katanya.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Armizan Letak MA63 Sebagai Antara Agenda Utama

Kota Kinabalu : Datuk Armizan Mohd Ali beri komitmen akan meletakkan agenda berteraskan Perjanjian...

Lee Zii Jia Kembali Ke BAM

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee...

Tubuh Segera RCI Siasat Perbelanjaan RM600 Bilion – Isham Jalil

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) Umno, Isham Jalil menyokong penuh cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan...

Zahid Beritahu Muhyiddin Berhenti Meroyan, Belajar Hormati Keputusan Agong

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Gempa Bumi Landa Jawa Barat, Tiada Amaran Tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.4 pada skala Richter melanda Garut di Jawa Barat, hari...

Harap Tok Mat Selesaikan Isu Kebajikan Veteran Tentera

GOMBAK - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Menteri Pertahanan, Datuk...

Op Ekzos Bising: 96 Saman Dikeluarkan

SEREMBAN: Tindakan pemilik motosikal mengubah suai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising antara 96 saman...