Sample Page Title

PUTRAJAYA : Aktiviti kawalan penguatkuasaan yang amat ketat dikenal pasti menjadi antara punca ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) terpaksa dicampak tekong bot ke tengah laut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu diakui oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd. Amin yang memberitahu, ramai tekong salah faham apabila menyangka perairan negara mudah dibolosi dengan memberi contoh senario kes ketika musim perayaan Aidilfitri awal bulan ini.

“Saya tahu ada tular laporan PATI wanita dicampak ke kawasan paya bakau di sebuah pulau terpencil yang jauh dari tanah besar kerana tekong tiada cara lain dan terpaksa patah balik.

“Mereka mungkin terkejut dan tidak percaya lihat banyak bot penguatkuasaan maritim pelbagai agensi yang masih lagi ‘beraya’ di tengah laut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mewakili Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zubil Mat Som merasmikan Seminar Penguatkuasaan Maritim yang julung kali dianjurkan agensi tersebut yang turut melibatkan Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia. Jabatan Perikanan, Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Laut dan Jabatan Alam Sekitar.

Seminar secara hibrid itu bagi berkongsi pengalaman dan persefahaman aspek perundangan serta mewujudkan keseragaman penyelarasan bagi mengelakkan berlakunya isu pertindihan.

Mengulas lanjut, Hamid berkata, trend jenayah rentas sempadan menerusi jalan laut dijangka naik walaupun negara sudah memasuki fasa peralihan endemik Covid-19 sejak 1 April lepas.

“Sebaik muncul wabak ini awal 2020 lalu, kita dapati aktiviti sindiket dan penjenayah berubah modus operandI masing-masing kepada laluan air kerana laluan darat telah pun habis dikawal ketat,” katanya.


Beliau memberi contoh dari Januari sehingga April lalu, 340 kes direkodkan APMM antaranya kesalahan dadah, penyeludupan barang subsidi, pencerobohan bot nelayan asing dan PATI.

Menyentuh isu aset APMM yang dikatakan usang, beliau memberi jaminan perkara itu sedang diberikan perhatian serius oleh Kementerian Dalam Negeri untuk proses penambahbaikan.

Bagaimanapun ujarnya, kekurangan itu bukanlah masalah besar kerana kesemua agensi maritim bekerjasama dan akan saling membantu apabila berlaku kekurangan aset tertentu.

Bahkan dari segi teknologi, setiap agensi sudah ada perancangan sendiri untuk meningkatkan keupayaan masing-masing dan diselaraskan bersama oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Meskipun enggan menyatakan secara lebih terperinci, beliau mengesahkan pihak APMM amat bersyukur telah selesai menerima banyak aset baharu bagi operasi rondaan termasuk helikopter.

Ketika ini, agensi tersebut mempunyai lebih 100 buah kapal dan bot laju pelbagai kelas, enam buah helikopter, dua kapal terbang pelbagai peranan serta enam buah pesawat tanpa pemandu.

APMM ditubuhkan pada 2005 sebagai pengawal perairan negara yang berkeluasan 614,000 kilometer persegi dengan memiliki enam wilayah maritim dan 18 buah pangkalan seluruh Malaysia.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...

Ketetapan PRU15 Tahun Ini Untuk Kepentingan Rakyat – Ahmad Zahid

PETALING JAYA : Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhubung pembubaran Parlimen dalam masa terdekat...

PAS Arah Jentera Parti Sedia Hadapi PRU-15

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi...

Ketua UMNO Alor Setar Sahkan Beliau, Tajuddin Digantung Keahlian Parti

ALOR SETAR : Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail beliau digantung...

Mesyuarat MKT UMNO Terima Peletakan Jawatan Zulhasnan Rafique

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Jumaat memaklumkan bahawa...