Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Subsidi Petrol: Keputusan Yang...

SEREMBAN – Keputusan kerajaan memberikan subsidi kepada pemilik kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc dan...

Bapa Disyaki Rogol 2...

Melaka : Bapa iblis. Itu gelaran layak diberikan kepada seorang lelaki kerana tergamak...

Malaysia Tangani Isu Rohingya...

PUTRAJAYA - Malaysia akan terus menangani isu membabitkan minoriti Islam Rohingya di Myanmar...

Pemimpin Disaran Fahami Corak...

KUALA LUMPUR - Pemimpin kerajaan disaran bersikap berterus-terang dan memahami corak pemikiran terkini...

Tahap Kepatuhan Kepada AwAS Cecah 99 Peratus – JPJ

PUTRAJAYA : Tahap kepatuhan pengguna jalan raya terhadap Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) mencecah 99 peratus khususnya pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, ia sekali gus membuktikan bahawa aktiviti penguatkuasaan dan advokasi yang berterusan menyumbang kepada rekod pematuhan ini.

Beliau berkata, perkembangan itu turut menurunkan bilangan kemalangan dan kematian sepanjang tempoh Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022.

“Pada masa sama, bilangan notis saman P22 bagi setiap 100 kenderaan yang diperiksa juga menurun kepada 18.5 peratus pada 2022 berbanding 35.2 peratus pada 2019.

“Lebih membanggakan lagi, apabila tiada kemalangan melibatkan bas direkodkan pada tahun ini. Dianggarkan 1,500 buah bas beroperasi dengan kapasiti satu juta penumpang pada musim perayaan lalu,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri JPJ 2022, hari ini.

Ia turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.


Katanya, kejayaan ini adalah bukan hasil kerja JPJ sahaja sebaliknya kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi, badan bukan kerajaan (NGO) dan media.

Selepas ditangguh penggunaannya selama setahun pada 2020, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) atau sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kembali beroperasi sepenuhnya Oktober tahun lalu.

Ia membabitkan pemasangan 29 kamera yang digunakan bagi tujuan memantau kesalahan melebihi had laju, manakala 16 kamera lagi bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Dalam perkembangan sama, Zailani berkata, lima kesalahan lalulintas utama yang sering dilakukan sepanjang musim perayaan lalu termasuk memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, gagal patuhi isyarat lampu merah, memandu melebihi had laju, dan memotong barisan.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori