• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sri Lanka: Polis Tahan Ahli Parlimen Parti Pemerintah

oleh Mohd Arshad
18/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLOMBO: Polis Sri Lanka menahan dua ahli Parlimen daripada parti pemerintah berikutan didakwa mencetuskan rusuhan ganas yang menjerumuskan negara ke kekacauan selama beberapa hari.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Rusuhan itu turut menyebabkan sembilan orang terbunuh minggu lalu.

Kedua-dua ahli Parlimen daripada parti pimpinan Presiden Gotabaya Rajapaksa, disoal siasat oleh penyiasat jenayah semalam dan ditahan semalaman.

“Terdapat bukti terhadap kedua-dua ahli Parlimen itu dan atas sebab itu mereka ditahan,” kata seorang pegawai polis yang enggan mendedahkan namanya.

Sanath Nishantha dan Milan Jayathilake merupakan antara 22 ahli politik termasuk bekas perdana menteri, Mahinda Rajapaksa dan anaknya Namal yang pasport mereka disita minggu lalu berikutan dakwaan mereka mencetuskan keganasan.

Pada 9 Mei lalu, ribuan penyokong parti pemerintah yang dibawa masuk ke ibu negara menyerang demonstrasi aman dilakukan oleh penunjuk perasaan anti-kerajaan.

Kumpulan penunjuk perasaan itu menuntut Presiden Rajapaksa meletakkan jawatan berikutan krisis ekonomi yang menjejaskan negara.

Mahinda Rajapaksa yang ketika itu merupakan perdana menteri meletak jawatan sejurus selepas serangan itu yang mencetuskan rusuhan ganas dan kebakaran termasuk lebih 70 rumah pemimpin parti pemerintah musnah dalam kejadian.

Menurut pihak berkuasa, lebih 225 orang cedera dan dikejarkan ke hospital.

Menurut polis, mereka menahan kira-kira 500 orang yang mempunyai kaitan dengan rusuhan ganas itu.

UtusanOnline-

Tags: Ahli ParlimenmenahanSri Lanka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd