COLOMBO: Sri Lanka memberi kuasa darurat kepada pihak tentera dan polis bagi menahan tanpa waran, sehari selepas pertempuran yang mengorbankan tujuh orang dan lebih 200 tercedera.
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Keganasan itu mendorong Perdana Menteri, Mahinda Rajapaksa untuk meletakkan jawatan.
Ketika negara itu sedang berdepan krisis ekonomi terburuk dalam sejarah, ribuan penunjuk perasaan melanggar perintah berkurung untuk menyerang pegawai kerajaan, membakar rumah, kedai dan perniagaan milik ahli politik pemerintah dan wilayah.
Jurucakap polis, Nihal Thalduwa, berkata kira-kira 200 orang turut tercedera yang membawa kepada perintah berkurung seluruh negara sehingga jam 7 pagi, hari berikutnya.
Presiden Gotabaya Rajapaksa, yang adalah adik kepada Perdana Menteri menggariskan kuasa luas kepada tentera dan polis untuk menahan dan menyoal sesiapa tanpa waran tangkap.
Menurut warta kerajaan hari ini, pihak tentera boleh menahan sehingga 24 jam sebelum menyerahkannya kepada polis, manakala kediaman peribadi boleh digeledah secara paksa termasuk kenderaan peribadi.
“Sesiapa yang ditangkap oleh pegawai polis akan dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya.
Beberapa penganalisis menyatakan kebimbangan mereka terhadap kemungkinan penyalahgunaan kuasa langkah darurat itu.
“Di dalam situasi di mana berlaku darurat dan perintah berkurung, siapa yang boleh memantau bagi memastikan peraturan itu tidak disalahgunakan?” menurut Bhavani Fonseka, dari Pusat Pemikir Alternatif Dasar yang berpangkalan di Colombo.
Presiden mengisytiharkan darurat Jumaat lalu, ketika bantahan meningkat.
BHonline-