• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Naik Taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands Kurangkan Kesesakan

oleh AK-47
26/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Singapura akan memperbesar dan menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan masa perjalanan dan meningkatkan keselamatan, di persimpangan sempadan darat antara republik itu dan Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, jumlah trafik di Pusat Pemeriksaan Woodlands diunjur meningkat hampir 40 peratus menjelang 2050.

“Ini bermakna purata harian kira-kira 400,000 pengembara berbanding ketika pra-pandemik iaitu kira-kira 300,000 pengembara pada 2019,” memetik kenyataan bersama ICA dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA), pada Khamis.

Walaupun Covid-19 telah menjejaskan perjalanan, pembukaan semula sepenuhnya sempadan darat mulai 1 April 2022 telah menyaksikan jumlah ketibaan kembali kepada lebih 90 peratus pada hujung minggu berbanding jumlah sebelum pandemik.

“Kami menjangkakan volum harian akan mencapai tahap pra-Covid tidak lama lagi, dan terus meningkat selepas itu. Jika kapasiti pelepasan keseluruhan tidak ditingkatkan, masa perjalanan untuk trafik kenderaan boleh meningkat lebih 60-70 peratus semasa tempoh puncak menjelang 2050.

“Justeru, ICA akan menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands merangkumi Pusat Bandar Woodlands Lama untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebagai persediaan Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk menghadapi peningkatan jumlah trafik,” menurut kenyataan itu.

Pada 2017, ICA dan SLA bersama-sama mengumumkan bahawa projek menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands akan dilaksanakan di Pusat Bandar Woodlands Lama.

“Satu kajian sedang dijalankan untuk menentukan reka bentuk optimum bagi menaik taraf Pusat Pemeriksaan Woodlands itu untuk pelepasan kenderaan dan motosikal barangan berat.

-Sinar Harian

Tags: kesesakannaik tarafPusat Pemeriksaan WoodlandsSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

29/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan terus menaik taraf taman-taman awam di seluruh negeri bagi menyediakan ruang riadah yang lebih...

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd