• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Siapa Pengganti Zuraida, Itu Hak Mutlak PM’

oleh AK-47
27/05/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut kekosongan jawatan menteri yang ditinggalkan ahli mereka selepas keluar daripada parti, tidak wajar ditimbulkan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelantikan ahli kabinet adalah hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Katanya, terserah kepada Perdana Menteri untuk memilih pengganti Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin tanpa ada sebarang tekanan dari mana-mana pihak.

“Ada parti yang menyatakan kerusi kementerian itu milik mereka, ia tidak wajar berlaku kerana urusan kabinet adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.

“Hendak letak siapa, di kementerian mana dan berapa jumlah komposisi wakil parti dalam kabinet itu juga hak Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pembinaan Masjid Jamek Kampung Parit Mokhayat, Ayer Baloi, di sini pada Jumaat.

Sebelum itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata partinya akan mengemukakan satu nama baharu kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk dilantik sebagai anggota kabinet berikutan ia adalah kuota parti itu.

Tindakan itu dilakukan selepas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri kabinet sambil menyatakan keputusan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilaporkan turut memberi peringatan bahawa jawatan jemaah menteri yang ditinggalkan Zuraida mesti dikembalikan kepada Bersatu.

-Sinar Harian

Tags: Hak Mutlakpmzuraida
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

Rakyat Perlukan PMX Anwar Terus Tadbir Negara – Mohamad Sabu

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan kepimpinan yang tenang, stabil dan jelas hala tuju dalam menghadapi dunia yang semakin penuh dengan...

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd