Sample Page Title

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bersetuju melaksanakan semula Insentif Haji Muassasah Selangor pada tahun ini selepas tertangguh sejak dua tahun lalu akibat Covid-19.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan kerajaan negeri yang dapat memanfaatkan 3,000 bakal jemaah haji.

Menurutnya, insentif tahun kelima itu membolehkan bakal jemaah menerima wang tunai sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM500 erta kit cenderamata mengandungi beg, penyahkuman tangan, losyen, pelembap bibir, tuala muka dan tisu basah.

“Urusan permohonan insentif ini akan dijalankan selama tiga bulan bermula Isnin ini hingga 31 Ogos depan melalui Pusat Khidmat Ahli Dewan Negeri dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, bakal jemaah haji berminat hanya perlu membawa kad pengenalan serta salinan surat tawaran mengerjakan haji muassasah yang lengkap dengan maklumat penerbangan sewaktu membuat permohonan.

“Insentif Haji Muassasah Selangor ini adalah satu lagi usaha kerajaan negeri yang diurusetiakan oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban serta mempermudah urusan bakal tetamu Allah yang terpilih,” ujarnya.

-Sinar Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...