• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sasar Pengeluaran 600,000 Tan Jagung Makanan Ternakan

oleh Mohd Arshad
11/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Malaysia menyasar mengeluarkan 600,000 metrik tan jagung bijirin untuk makanan ternakan dalam tempoh 10 tahun lagi, sekali gus mengurangkan 30 peratus daripada pergantungan import.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Susulan usaha ini, ia dijangka berupaya mengawal harga ayam dan telur apabila penternak tempatan sering menggunakan alasan bahawa antara faktor kenaikan harga adalah disebabkan harga makanan ternakan yang melambung.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Zahimi Hassan, berkata sasaran itu mampu dicapai melalui projek penanaman jagung bijian di kawasan seluas 50,000 hektar secara berfasa bermula tahun depan.

Ketika ini, Malaysia mengimport hampir 100 peratus jagung bijian atau kira-kira dua juta tan setahun dari negara seperti Argentina, Brazil dan Amerika Syarikat (AS).

“Kini kita nak tumpu kepada penghasilan tanaman jagung dalam negara melalui kerjasama pelbagai agensi. Berbanding dulu pada era 1980-an hingga 2016 kita import sebab ketika itu ia lebih murah berbanding ditanam sendiri.

“Tetapi kita mengalami isu ketika kemelesetan ekonomi akibat pandemik dan peperangan, negara pengeksport turut mengalami krisis menyebabkan harganya meningkat berkali ganda sekali gus memberi kesan kepada harga bekalan ternakan ayam dan telur.

“Dengan sasaran penghasilan 30 peratus daripada jagung bijian yang diimport, ia mampu mengawal kenaikan harga ayam…namun ia turut bergantung kepada beberapa faktor lain juga,” katanya kepada BH.

Krisis bekalan dan kenaikan harga ayam serta telur sering berlaku di negara ini sehingga pelbagai pihak mendesak agar kerajaan segera menanganinya kerana ia membabitkan isu keselamatan makanan penduduk.

Secara purata, keperluan ayam di Malaysia adalah 2.09 juta ayam sehari, atau 62.9 juta ayam sebulan.

Kalangan penternak tempatan pula kebelakangan ini didapati mengurangkan pengeluaran ayam bagi mengelak kerugian akibat peningkatan kos operasi, yang disumbangkan oleh peningkatan ketara harga dedak.

Pengerusi Persatuan Penternak Manjung, Tan Wooi Perng sebelum ini berkata, penternak berdepan dengan kenaikan harga makanan ayam setiap bulan dengan keseluruhan RM33 dalam tempoh dua tahun, selain kekangan tenaga kerja asing di ladang ternakan dan kos bekalan elektrik bagi reban sistem tertutup.

Harga dedak ayam meningkat sejak pandemik COVID-19 dari RM80 satu beg menjadi RM120 hingga RM125 bergantung kepada kuantiti dan jenama.

Seekor ayam seberat dua kilogram (kg) memerlukan 4kg makanan bagi tempoh 35 hari mencapai tempoh matang untuk dijual.

Sehubungan itu, MAFI sedang memberi tumpuan untuk meningkatkan penghasilan dedak ayam berasaskan isi rung kelapa sawit (PKC), selain meningkatkan penanaman jagung, bagi mengurangkan kebergantungan pada import dedak ayam.

Mengulas lanjut, Zahimi berkata, Jabatan Pertanian mula melaksanakan penanaman jagung bijian bagi makanan haiwan melalui projek rintis sejak 2018 sehingga tahun ini.

Sehingga kini, katanya kawasan seluas 280 hektar tanaman jagung bijian di Perlis, Kedah, Pahang, Perak dan Sarawak mula dibukan dengan pembabitan kira-kira 50 usahawan tani serta syarikat swasta.

“Pada tahun ini, selain meneruskan penanaman jagung bijian ini di kawasan sedia ada, kita juga membuka kawasan baharu.

“Tahun depan pula, kita akan memasuki fasa pengukuhan dan menuju ke arah usaha untuk menghasilkan 30 peratus keperluan jagung bijian dalam negara,” katanya.

Ia termasuk dalam blueprint Industri Jagung Bijian Negara yang mempunyai tiga fasa iaitu Fasa 1: Projek Rintis (2018 hingga 2022), Fasa 2: Fasa Pengukuhan (2023 hingga 2027) dan Fasa 3: Fasa Pengembangan (2028 hingga 2032).

Zahimi berkata, jagung bijian adalah bahan utama dalam rumusan makanan haiwan iaitu sekitar 50 hingga 60 peratus.

Katanya, secara keseluruhannya, Malaysia mengimport 4.01 juta tan makanan ternakan haiwan pada 2020 yang bernilai RM6.15 bilion, dengan separuh daripadanya membabitkan dua juta tan jagung bijian bernilai RM1.73 bilion.

Beliau berkata, jabatan itu akan memberikan khidmat sokongan teknikal kepada usahawan tani yang berminat untuk membangunkan tanaman jagung bijian.

“Walaupun margin keuntungan tidak begitu besar, namun jika diusahakan secara skala komersial membabitkan lebih 10 hektar ia masih boleh memberi keuntungan.

“Kita juga akan menyediakan kemudahan asas seperti jentera pertanian serta pusat pengeringan tanaman jagung bijian ini,” katanya.

Dalam mengurangkan pergantungan import, Zahimi berkata, usaha sedang dilaksanakan bagi menjayakan kawasan tanaman bawang.

Negara turut bergantung sepenuhnya import bawang khususnya dari China dan India.

“Ini kerana cuaca lembap di Malaysia kurang sesuai bagi tanaman bawang, namun agensi penyelidikan sedang melihat untuk memilih variati yang sesuai bagi tanaman ini,” katanya.

Beliau juga berkata, kini negara berjaya mencapai tahap sara diri sebanyak 100 peratus menghasilkan sayur-sayuran tropika seperti kangkung, bendi dan bayam.

Namun bagi tanaman lain seperti cili, Malaysia hanya mencapai tahap penghasilan 30.9 peratus di dalam negara, manakala bakinya diimport, begitu juga dengan kobis (37.5 peratus) dan halia (18.9 peratus).

-Berita Harian

Tags: jagungMakanan Ternakansasaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Malaysia Capai Sasaran 6 Emas Di Sukan Komanwel

Malaysia Capai Sasaran 6 Emas Di Sukan Komanwel

06/08/2022
0

BIRMINGHAM: Atlet gimrama, Ng Joe Ee meraih satu lagi pingat emas pada Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd