• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.6 Juta Tunggakan Gaji Perak FC Sudah Dijelaskan

oleh AK-47
20/05/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PROSES pembayaran tunggakan gaji pemain Perak FC telah dimulakan dengan pembiayaan hampir RM1.6 juta di bawah pengurusan baharu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam satu kenyataan kepada pemberita pada Jumaat, XOX Bhd memaklumkan, pembayaran itu dibuat kepada 94 kakitangan dan pemain bola daripada jumlah keseluruhan 168 orang.

Menurutnya, semua pembayaran yang masih berbaki akan dilengkapkan seawalnya minggu hadapan sebaik sahaja selesai semua proses pengesahan dan pengisytiharan hutang-hutang.

“Pijak pengurusan baharu Perak FC bersama eksekutif XOX mengucapkan terima kasih kepada peminat dan semua pihak atas sokongan diberikan.

“XOX berharap perkembangan positif ini menjadi permulaan baharu dengan memberi tumpuan kepada pembinaan smeula Perak FC demi mengembalikan semula zaman kegemilangan,” kata kenyataan itu.

Pada Rabu, anak syarikat milik penuh XOX Bhd, XOX Pro Sport Sdn Bhd memeterai perjanjian bersama Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd bagi pengambilalihan 100 peratus pegangan ekuiti dalam kelab bola sepak Perak FC Sdn Bhd pada harga RM1.

Pembelian Perak FC pada harga RM1 adalah berdasarkan persetujuan bersama selepas mengambil kira kerugian mereka selepas cukai, tunggakan hutang dan kesukaran untuk beroperasi sebagai sebuah kelab bola sepak.

Perak FC sebelum ini sudah dua kali dihukum dengan pemotongan mata yang membabitkan jumlah keseluruhan sembilan mata atas kegagalan mereka melunaskan tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

-Sinar Harian

Tags: DijelaskanPerak FCtunggakan gaji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penduduk Gempar Dakwaan Muncul Kelibat Harimau

Next Post

Kerajaan Sabah Pandang Serius Kes Pemalsuan Cukai Jualan Negeri

Related Posts

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

Segera Lapor JTK Jika Ada Tunggakan Gaji – MTUC

29/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, terutamanya pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan digesa membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja...

XOX Meterai Perjanjian Beli Perak FC Dengan Harga RM1

18/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh XOX Bhd, XOX Pro Sport Sdn Bhd, memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media...

Next Post

Kerajaan Sabah Pandang Serius Kes Pemalsuan Cukai Jualan Negeri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd