Sample Page Title

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh XOX Bhd, XOX Pro Sport Sdn Bhd, memeterai perjanjian penjualan saham dengan Impact Media & Communication Sdn Bhd untuk mengambil alih 2,500 saham biasa yang mewakili 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Perak FC Sdn Bhd dengan nilai RM1.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

XOX berkata pengambilalihan itu merupakan peluang bagi kumpulan untuk meluaskan jangkauan dengan mengembangkan lagi ekosistemnya untuk menggabungkan bola sepak.

“Perak FC mempunyai kira-kira setengah juta peminat, dan Perak terkenal sebagai negeri yang mempunyai peminat bola sepak paling fanatik di negara ini,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut XOX, jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM1 telah dicapai atas dasar kesediaan pembeli dan penjual selepas mengambil kira, antara lain, kerugian selepas cukai Perak FC sebanyak RM2.32 juta dan liabiliti bersih berjumlah RM3.50 juta pada 30 Jun 2021, kesukaran operasi, dan liabiliti tertunggak kira-kira RM7.1 juta setakat 31 Disember 2021.

“Cadangan pengambilalihan itu yang akan dibiayai sepenuhnya daripada dana yang dijana secara dalaman, dijangka selesai pada suku ketiga 2024,” katanya.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...