Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

MH370: Kerajaan Malaysia Kecewa...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia kecewa dengan laporan terbaru media luar negara, Huffington...

Bila Anak Tunjuk Bakat...

BIASANYA kalau kereta tercalar sikit pun, maka pemiliknya boleh jadi tak tidur malam...

Majikan Rogol Pekerja Indonesia...

SIBU- Seorang pengusaha kantin sekolah berusia 43 tahun telah ditahan atas tuduhan merogol pekerjanya yang berbangsa Indonesia setiap hari...

Jika Janji Dilanggar Johor...

DALAM situasi meruncing antara Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kebudayaan...

Kerajaan Sabah Pandang Serius Kes Pemalsuan Cukai Jualan Negeri

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah mengambil perhatian serius kes tangkapan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan negeri membabitkan penjawat awam negeri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, berkata pihaknya juga akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung siasatan agensi itu.

“Saya sudah mengarahkan Kementerian Kewangan negeri untuk meneliti dan menambah baik segala sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang dan peluang aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kenyataan itu menyusul selepas SPRM semalam melaporkan satu lagi tangkapan berhubung siasatan kes melindungi pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah membabitkan seorang individu bergelar Datuk.

Aktiviti memalsukan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah yang dikemukakan kepada Kementerian Kewangan negeri itu dipercayai dilakukan setiap bulan.


Suspek berusia 66 tahun yang juga pesara kakitangan awam itu ditahan di pejabat SPRM Sabah, pada kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebelum itu, pada 18 Mei lalu, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang kelapa sawit.

Wang berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah yang dikemukakan setiap bulan kepada Kementerian Kewangan negeri.

Dalam kenyataannya semalam, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy turut mengingatkan pengusaha kilang kelapa sawit di Sabah supaya tampil membantu siasatan kerana mengemukakan pengisytiharan palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-Berita Harian

Kategori

Leave a Reply