Tuesday, May 30, 2023

Creating liberating content

4 Lelaki Direman Kes...

ALOR SETAR - Empat lelaki yang ditahan polis berhubung kes letupan mercun berdekatan...

Kerajaan Tidak Bercadang Haram...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan penggunaan tayar celup memandangkan ia...

Inspektor Didakwa Makan Suap

Tawau : Anggota polis berpangkat Inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di...

Pelaburan Berterusan Pembangunan &...

KUALA LUMPUR - Pelaburan berterusan dalam pembangunan dan kepimpinan belia, akan memperkasakan mereka...

Proses Pemilihan PKR Pahang Lancar

KUANTAN : Proses pengundian secara fizikal bagi Pemilihan PKR 2022 di Pahang bagi jawatan di peringkat pusat, sayap dan cabang berlangsung lancar di semua 14 cabang bermula jam 9 pagi ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Pemilihan di negeri berkenaan membabitkan 38,659 ahli PKR yang layak mengundi.

Tinjauan BH mendapati ahli parti mula memasuki pusat pengundian seawal jam 8.30 pagi dan proses terbabit berjalan lancar dan tenang.

Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh berkata, proses pengundian berjalan serentak di seluruh Pahang bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Untuk hari ini semua pengundian secara fizikal dilakukan di seluruh negeri dan proses pengundian dilakukan secara digital.


“Bagi pengundian secara dalam talian pula akan bermula pada 18 hingga 20 Mei ini dan untuk cabang Kuantan lebih 200 pengundi sudah berdaftar,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berharap semua ahli PKR dapat keluar menunaikan tanggungjawab untuk mengundi dan memilih kepimpinan di peringkat negeri dan tertinggi.

Secara keseluruhannya, seramai 38,659 ahli PKR di negeri itu layak mengundi di mana seramai 3,620 ahli mengundi di Kuantan, Pekan (1,796), Maran (1276), Rompin (1,583), Temerloh (3,869), Raub (1,629), Lipis (2,038), Bentong (6,874), Cameron Highlands 1,033), Jerantut (2,782) Indera Mahkota (3,677), Paya Besar (3,788), Kuala Krau (1,589) dan Bera (3,105).

-Berita Harian

Kategori

Leave a Reply