Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Azmin Janji Ambil Kira...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberi jaminan akan mengambil...

Kerajaan Sedia Bantu BernamaTV...

GEORGE TOWN - Kerajaan tidak mempunyai masalah untuk membantu stesen televisyen BernamaTV sekiranya...

Afidavit Mahkamah Rayuan Tak...

SHAH ALAM - Afidavit saksi sewaktu inkues Muhammad Adib Mohd Kassim yang digunakan...

219 Calon SPM Di...

SHAH ALAM : Seramai 73,938 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang...

PMKS Boleh Tangguh Laksana Gaji Minimum Hingga 31 Disember

ALOR SETAR – Kerajaan memberikan kelonggaran kepada majikan usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 sehingga 31 Disember depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, tempoh berkenaan bagi membolehkan majikan terlibat membuat persediaan selepas terkesan akibat pandemik Covid-19.

Katanya, kerajaan memberi ruang untuk berbincang selepas menerima banyak permintaan daripada majikan PMKS untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum terbabit.

“Sebab itu ada kelonggaran untuk majikan PMKS melaksanakan gaji minimum RM1,500 sehingga 31 Disember depan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), di sini pada Khamis.

Menurutnya, tempoh tujuh bulan berkenaan boleh digunakan majikan untuk melaksanakan gaji minimum RM1,500 seperti yang ditetapkan kerajaan.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Awang menjelaskan penetapan gaji minimum bagi pekerja domestik atau amah Indonesia tertakluk kepada memorandum persefahaman (MoU) yang diputuskan antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.

“Ada MoU antara Malaysia dan Indonesia jadi itu yang akan diguna pakai,” katanya.

Pada 27 April lalu, media melaporkan kerajaan mewartakan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei lalu bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan yang menjalankan sesuatu aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020.

Bagi majikan yang menggajikan kurang lima orang pekerja, kuat kuasa gaji minimum RM1,500 akan bermula 1 Januari 2023.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori