• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Hulur Sumbangan Peribadi Kepada Waris Pelajar USAS

oleh AK-47
13/05/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Kangsar : Tiga keluarga pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini tengah malam Rabu lalu, menerima sumbangan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad di penginapan yang disediakan Kerajaan Negeri Perak untuk keluarga mangsa kemalangan berkenaan di sini hari ini.

“Saya mewakili Perdana Menteri menziarah keluarga mangsa yang masih berada di sini atas arahannya dan menyampaikan sumbangan wang tunai kerana beliau kini berada di Amerika Syarikat untuk menghadiri mesyuarat.

“Perdana Menteri mengucapkan takziah dan berharap tindakan segera diambil bagi menyelesaikan urusan pengecaman jenazah yang dihantar ke Unit Forensik Hospital Taiping hari ini.

“Kita telah berhubung dengan pihak berkaitan dari segi pengecaman kalau boleh diselesaikan pada hari ini untuk dihantar ke kawasan masing-masing untuk dikebumikan kerana ia harapan pihak keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarah keluarga mangsa.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Perak atas bantuan segera kepada keluarga mangsa termasuk bantuan kewangan dan penginapan sementara urusan bedah siasat selesai.

Malam tadi, dua daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini sudah dikenal pasti oleh ahli keluarga menerusi proses bedah siasat di Hospital Kuala Kangsar.

Dua jenazah yang berjaya dibuat pengecaman itu ialah Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang beralamat di Parit Buntar, Perak dan dipercayai duduk di bahagian penumpang belakang, serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Kemaman, Terengganu yang duduk di tempat penumpang hadapan.

Tiga lagi yang maut dalam kemalangan itu terdiri daripada pemandu kereta, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, serta Iqbal Hasnun Halimi, 23, dan jenazah mereka dihantar ke Hospital Taiping bagi proses bedah siasat selanjutnya hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar turut menziarah keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadinya.

-Harian Metro

Tags: pmsumbanganWaris Pelajar USAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

Konflik Israel – Qatar: PM Hadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam Di Doha

13/09/2025
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam bagi membincangkan serangan Israel terhadap Qatar...

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

Speaker Belum Terima Usul Rujuk PM Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan

08/08/2025
0

CYBERJAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang usul bagi merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd